{"id":1627,"date":"2025-07-20T04:34:17","date_gmt":"2025-07-20T04:34:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1627"},"modified":"2025-07-20T06:49:55","modified_gmt":"2025-07-20T06:49:55","slug":"pas-jangan-berlagak-juara-moral-masa-bila-lgbt-diiktiraf-amk-bidas-afnan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-jangan-berlagak-juara-moral-masa-bila-lgbt-diiktiraf-amk-bidas-afnan\/","title":{"rendered":"PAS jangan berlagak \u2018juara moral\u2019, masa bila LGBT diiktiraf? AMK bidas Afnan"},"content":{"rendered":"<p>Kenyataan oleh Pemuda PAS disanggah Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang disifatkan dangkal dan tidak berfakta kerana cuba mencipta persepsi dalam isu amalan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT).<\/p>\n<p>Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin berkata kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mungkin membenarkan gejala songsang seperti LGBT daripada bertapak dalam negara, malah tidak akan pernah diiktiraf sama sekali.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia adalah sebuah negara berteraskan Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, dan mana mungkin kerajaan perpaduan pimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi \u2018lampu hijau\u2019 kepada amalan songsang ini.<\/p>\n<p>\u201cSejak bila negera kita membenarkan LGBT? Golongan ini tidak pernah diiktiraf dalam apa-apa dasar kerajaan. Malah, undang-undang sedia ada termasuk Kanun Keseksaan (Seksyen 377A dan 377B) jelas memperuntukkan hukuman bagi perbuatan liwat dan hubungan sejenis,\u201d katanya dalam satu kenyataan media hari ini.<\/p>\n<p>Danish berkata PAS tidak perlu berlagak untuk menjadi \u2018juara moral\u2019 apabila negeri yang ditadbir mereka sendiri merekodkan kes gejala songsang yang tinggi berbanding negeri-negeri lain.<\/p>\n<p>\u201cPAS seolah-olah cuba menjadi \u2018juara moral\u2019 dengan memainkan isu LGBT sedangkan negeri-negeri yang ditadbir mereka sendiri merekodkan angka kes LGBT yang tinggi.<\/p>\n<p>\u201cMenurut laporan dan kajian NGO serta data tidak rasmi, Kelantan dan Terengganu sering menjadi negeri dengan kes pembuangan bayi, gejala sosial, dan bahkan kes penderaan seksual yang membimbangkan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Danish turut menasihati Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang lantang membangkitkan isu LGBT untuk menjaga rumah mereka sendiri yang terpalit dengan banyak kes gejala sosial seperti dilaporkan media baru-baru ini.<\/p>\n<p>\u201cJika Pemuda PAS benar-benar serius, mengapa negeri mereka sendiri masalah sosial tidak pernah surut?<\/p>\n<p>\u201cMengapa masalah penagihan dadah di Kelantan yang diakui sendiri oleh Ketua Pemuda PAS masih di tangga teratas negara?\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Malah, Danish berkata kerajaan dipimpin Anwar tidak pernah tunduk kepada telunjuk agenda liberal ekstrem yang tidak selari dengan sosial dan budaya masyarakat Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cPerdana Menteri telah berulang kali menegaskan bahawa Malaysia tidak akan tunduk kepada agenda liberal ekstrem yang bertentangan dengan syariat dan budaya kita.<\/p>\n<p>\u201cHak asasi manusia tidak bermaksud mengiktiraf perbuatan yang jelas bercanggah dengan hukum agama dan nilai kemanusiaan,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>PAS juga digesa Danish supaya lebih mencari jalan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat dan bukan menggunakan isu untuk meraih populariti politik semata-mata.<\/p>\n<p>\u201cAMK mengigatkan PAS usah menangguk di air yang keruh dengan retorik murah untuk meraih populariti politik.<\/p>\n<p>\u201cFokuslah pada penyelesaian masalah sebenar rakyat, termasuk isu kemiskinan, pendidikan, dan penagihan dadah di negeri-negeri yang ditadbir mereka, daripada terus bermain isu sensasi yang sudah jelas pendiriannya,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Afnan membuat gesaan kepada Anwar supaya mengisytiharkan secara terbuka bahawa amalan LGBTQ diharamkan di Malaysia dari sudut pandangan Islam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kenyataan oleh Pemuda PAS disanggah Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang disifatkan dangkal dan tidak berfakta kerana cuba mencipta persepsi dalam isu amalan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT). Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin berkata kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mungkin membenarkan gejala songsang seperti LGBT daripada bertapak dalam negara, malah tidak akan pernah diiktiraf [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1628,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[955,164,13,952,953,126,9,18,954],"authors":[],"class_list":["post-1627","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-afnan-hamimi","tag-amk","tag-anwar","tag-danish-hairudin","tag-lgbt","tag-pas","tag-pkr","tag-pmx","tag-songsang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1627","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1627"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1627\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1629,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1627\/revisions\/1629"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1628"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1627"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1627"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1627"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1627"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}