{"id":16283,"date":"2026-10-06T05:29:19","date_gmt":"2026-10-06T05:29:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16283"},"modified":"2026-10-06T05:29:19","modified_gmt":"2026-10-06T05:29:19","slug":"polis-serah-laporan-kes-ketua-akps-agc-tentukan-tindakan-lanjut","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/polis-serah-laporan-kes-ketua-akps-agc-tentukan-tindakan-lanjut\/","title":{"rendered":"Polis serah laporan kes Ketua AKPS, AGC tentukan tindakan lanjut"},"content":{"rendered":"<p>Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal siasatan berhubung dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain terhadap seorang penjawat awam kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), hari ini.<\/p>\n<p>Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata AGC akan meneliti laporan berkenaan bagi menentukan sama ada kertas siasatan yang disediakan polis sudah lengkap dan mempunyai asas mencukupi untuk tindakan lanjut.<\/p>\n<p>\u201cJabatan Peguam Negara akan menentukan sama ada mereka berpuas hati kertas siasatan itu sudah cukup lengkap.<\/p>\n<p>\u201cJika tidak, besar kemungkinan Peguam Negara akan mengarahkan langkah diambil lagi bagi memastikan kertas itu betul-betul meyakinkan atau mempunyai asas kes yang cukup,\u201d katanya ketika menjawab soalan tambahan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Saifuddin, siasatan bukan hanya tertumpu kepada dakwaan kekasaran dalam insiden berkenaan, malah turut meliputi kebocoran dan penyebaran rakaman kamera litar tertutup (CCTV).<\/p>\n<p>Beliau berkata aspek kebocoran rakaman itu turut dimasukkan dalam skop siasatan bagi mengenal pasti punca serta bagaimana rakaman berkenaan boleh tersebar.<\/p>\n<p>\u201cElemen kebocoran dan punca sebaran video itu juga adalah dalam senarai semak, selain rakaman percakapan dan bukti lain. Itu dalam tindakan pihak polis,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu itu tercetus selepas satu rakaman video dipercayai dirakam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 tular di media sosial, memaparkan Mohd Shuhaily memarahi seorang individu.<\/p>\n<p>Insiden berkenaan mencetuskan perhatian awam susulan kedudukan Mohd Shuhaily sebagai Ketua Pengarah AKPS, agensi yang bertanggungjawab menyelaras kawalan serta keselamatan sempadan negara.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Mohd Shuhaily dilaporkan menyerahkan kepada kerajaan berhubung sebarang tindakan yang mungkin dikenakan terhadapnya susulan video berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan perkara itu sudah diketahui peringkat tertinggi kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), selain menyatakan kesediaan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat berhubung isu tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal siasatan berhubung dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain terhadap seorang penjawat awam kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), hari ini. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata AGC akan meneliti laporan berkenaan bagi menentukan sama ada kertas siasatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7277,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2338,3494,453,561,3088,43,56],"authors":[],"class_list":["post-16283","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akps","tag-cctv","tag-klia","tag-laporan","tag-mohd-shuhaily-mohd-zain","tag-pdrm","tag-tular"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16283","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16283"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16283\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16284,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16283\/revisions\/16284"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7277"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16283"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16283"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16283"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16283"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}