{"id":16294,"date":"2026-10-06T07:40:13","date_gmt":"2026-10-06T07:40:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16294"},"modified":"2026-10-06T07:40:13","modified_gmt":"2026-10-06T07:40:13","slug":"lonjakan-ai-bantu-pertumbuhan-ekonomi-malaysia-bank-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lonjakan-ai-bantu-pertumbuhan-ekonomi-malaysia-bank-dunia\/","title":{"rendered":"Lonjakan AI bantu pertumbuhan ekonomi Malaysia: Bank Dunia"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia antara negara Asia Timur yang meraih manfaat daripada peningkatan aktiviti global berkaitan kecerdasan buatan (AI), terutama melalui sektor elektronik dan eksport barangan teknologi.<\/p>\n<p>Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Asia, Franziska Ohnsorge berkata, kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai global berkaitan AI membantu menyokong pertumbuhan ekonomi negara ketika beberapa sektor lain berdepan tekanan akibat kos tenaga yang tinggi.<\/p>\n<p>Menurutnya, Malaysia, Vietnam dan Thailand antara negara yang ketara bergantung kepada eksport barangan yang menyokong perkembangan teknologi AI.<\/p>\n<p>\u201cJika lonjakan global barangan berkaitan AI menjadi perlahan, keadaan itu juga akan menekan pertumbuhan negara-negara kita, khususnya di Asia Timur.<\/p>\n<p>\u201cSektor elektronik Asia Timur merupakan peserta utama dalam rantaian nilai berkaitan AI, manakala produk berkaitan AI menyumbang lebih separuh daripada pertumbuhan eksport di beberapa negara Asia Timur,\u201d katanya semasa taklimat media sempena kemas kini ekonomi Asia Timur dan Pasifik Bank Dunia secara maya, hari ini.<\/p>\n<p>Franziska berkata, pertumbuhan ekonomi rantau Asia Timur dan Pasifik kini diunjurkan 0.3 mata peratusan lebih pantas berbanding jangkaan sebelumnya, antara lain disokong peningkatan aktiviti global berkaitan AI.<\/p>\n<p>Katanya, barangan berkaitan AI menyumbang kira-kira 70 peratus daripada pertumbuhan eksport Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam, sekali gus menunjukkan besarnya pengaruh kitaran pelaburan AI global terhadap prestasi perdagangan negara berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cAsia Timur merupakan peserta utama dalam rantaian nilai berkaitan AI dan perkara itu membantu menyokong pertumbuhan, walaupun kos tenaga yang tinggi mengekang sektor lain,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, manfaat itu turut hadir bersama risiko apabila kebergantungan tinggi terhadap sektor berkaitan AI boleh menyebabkan ekonomi negara terbabit terdedah sekiranya berlaku kelembapan atau pembetulan dalam perbelanjaan global terhadap teknologi berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cIni mungkin menjadi kelemahan pada masa depan sekiranya berlaku pembetulan dalam aktiviti global berkaitan AI, yang menjadi antara risiko penurunan kami,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Selain risiko berkaitan AI, pertumbuhan rantau itu turut berdepan cabaran daripada harga tenaga yang kekal tinggi serta pengeluaran pertanian lebih rendah susulan fenomena El Nino.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, Franziska berkata AI berpotensi meningkatkan produktiviti syarikat apabila penggunaannya semakin meluas dalam operasi perniagaan.<\/p>\n<p>\u201cApabila firma semakin biasa dengan AI dan mula menggunakannya, mereka sepatutnya melihat peningkatan produktiviti.<\/p>\n<p>\u201cBagaimanapun, penggunaan AI dalam kalangan firma masih di peringkat awal, dengan kos menjadi antara faktor yang mengehadkan penerapannya,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia antara negara Asia Timur yang meraih manfaat daripada peningkatan aktiviti global berkaitan kecerdasan buatan (AI), terutama melalui sektor elektronik dan eksport barangan teknologi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Asia, Franziska Ohnsorge berkata, kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai global berkaitan AI membantu menyokong pertumbuhan ekonomi negara ketika beberapa sektor lain berdepan tekanan akibat kos [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7431,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[250,2742,1494,5174,19],"authors":[],"class_list":["post-16294","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ai","tag-asia","tag-bank-dunia","tag-franziska-ohnsorge","tag-teknologi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16294","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16294"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16294\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16295,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16294\/revisions\/16295"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7431"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16294"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16294"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16294"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16294"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}