{"id":16321,"date":"2026-10-07T05:48:35","date_gmt":"2026-10-07T05:48:35","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16321"},"modified":"2026-10-07T05:48:35","modified_gmt":"2026-10-07T05:48:35","slug":"kemelut-adat-negeri-sembilan-empat-undang-tarik-balik-semakan-kehakiman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kemelut-adat-negeri-sembilan-empat-undang-tarik-balik-semakan-kehakiman\/","title":{"rendered":"Kemelut adat Negeri Sembilan: Empat Undang tarik balik semakan kehakiman"},"content":{"rendered":"<p>Empat Undang di Negeri Sembilan menarik balik permohonan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mandamus terhadap Menteri Besar supaya menandatangani dokumen Proklamasi Penurunan Takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.<\/p>\n<p>Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar, Ismail Lasim, menandatangani proklamasi berkenaan pada 3 Ogos lalu.<\/p>\n<p>Peguam yang mewakili Undang Yang Empat, Emirul Sarifudin Nor Azmi, berkata permohonan tersebut tidak lagi mempunyai keperluan untuk diteruskan selepas tuntutan utama mereka dipenuhi.<\/p>\n<p>\u201cMaka permohonan mandamus sudah tiada keperluan dan menjadi akademik kerana tuntutan telah dipenuhi.<\/p>\n<p>\u201cProklamasi penurunan takhta itu juga telah sempurna dan diiktiraf oleh kerajaan negeri melalui keputusan kolektif Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 15 September lalu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Prosiding permohonan itu sebelum ini dijadualkan didengar di hadapan Hakim Norliza Othman di Mahkamah Tinggi Bahagian Kuasa-Kuasa Khas I di Kuala Lumpur hari ini.<\/p>\n<p>Pada 10 Ogos lalu, Undang Yang Empat memfailkan permohonan perintah mandamus supaya Menteri Besar diarahkan menandatangani dokumen pengisytiharan berkenaan menurut Perkara 10(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh perintah mahkamah.<\/p>\n<p>Mereka turut memohon deklarasi mahkamah bagi mengesahkan dokumen pengisytiharan itu sah mengikut Perkara 10(1)(b) dan 10(2) UUTKNS 1959.<\/p>\n<p>Empat Undang berkenaan ialah Undang Luak Sungei Ujong, Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Muhammed Abdullah dan Undang Luak Rembau, Abdul Rahim Yasin.<\/p>\n<p>Namun, kemelut adat dan kedudukan Undang turut menjadi pertikaian apabila Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mendakwa Mubarak, Maarof dan Abdul Rahim tidak lagi menyandang jawatan masing-masing.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Emirul Sarifudin berkata pemakluman rasmi berhubung perkara itu turut dibuat kerajaan negeri melalui surat Menteri Besar kepada Majlis Raja-Raja pada 21 September lalu.<\/p>\n<p>Penarikan permohonan mahkamah itu berlaku ketika isu berkaitan adat dan institusi Undang Negeri Sembilan menjadi perhatian susulan pertikaian mengenai proses penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar negeri berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Empat Undang di Negeri Sembilan menarik balik permohonan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mandamus terhadap Menteri Besar supaya menandatangani dokumen Proklamasi Penurunan Takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar, Ismail Lasim, menandatangani proklamasi berkenaan pada 3 Ogos lalu. Peguam yang mewakili Undang Yang Empat, Emirul Sarifudin [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2626,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2220,4117,3684,2693,4083],"authors":[],"class_list":["post-16321","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-semakan-kehakiman","tag-takhta","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir","tag-undang","tag-yang-di-pertuan-besar-negeri-sembilan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16321","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16321"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16321\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16322,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16321\/revisions\/16322"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2626"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16321"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16321"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16321"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16321"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}