{"id":16325,"date":"2026-10-07T05:54:58","date_gmt":"2026-10-07T05:54:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16325"},"modified":"2026-10-07T05:54:58","modified_gmt":"2026-10-07T05:54:58","slug":"teguran-audit-pulihkan-rm920-91-juta-wang-kerajaan-azalina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/teguran-audit-pulihkan-rm920-91-juta-wang-kerajaan-azalina\/","title":{"rendered":"Teguran audit pulihkan RM920.91 juta wang kerajaan: Azalina"},"content":{"rendered":"<p>Tindakan susulan terhadap teguran audit berjaya menyumbang RM920.91 juta kepada kutipan hasil dan bayaran balik kepada kerajaan sehingga 28 September lalu.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, jumlah itu membuktikan proses audit mampu menghasilkan pemulihan wang awam apabila teguran disusuli tindakan.<\/p>\n<p>Menurutnya, keberkesanan audit tidak seharusnya diukur hanya berdasarkan jumlah kelemahan yang dikenal pasti, sebaliknya melalui tindakan pembetulan yang dilaksanakan serta pemantauan terhadap penyelesaiannya.<\/p>\n<p>\u201cMesej saya kepada semua kementerian, jabatan dan agensi adalah jelas, iaitu jangan melihat teguran audit sebagai serangan.<\/p>\n<p>\u201cLihatlah ia sebagai peluang untuk membetulkan kelemahan, memperbaiki sistem dan melindungi wang rakyat,\u201d katanya ketika membentangkan usul mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2\/2026 di Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n<p>LKAN 2\/2026 yang dibentangkan Isnin lalu meliputi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025, aktiviti kementerian dan jabatan kerajaan Persekutuan, penyata kewangan kerajaan negeri serta agensi negeri.<\/p>\n<p>Laporan itu turut melibatkan aktiviti kementerian, jabatan dan agensi negeri serta pengurusan syarikat kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Azalina berkata, kerajaan melihat fungsi audit dan LKAN sebagai sebahagian penting dalam rantaian akauntabiliti negara.<\/p>\n<p>Katanya, pengauditan menjadi mekanisme untuk menilai sama ada wang awam dibelanjakan secara teratur, berhemat serta mencapai objektif ditetapkan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau berkata usaha memperkukuh akauntabiliti tidak sepatutnya bermula selepas sesuatu kelemahan berlaku.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan turut membangunkan kerangka reformasi institusi yang memberi penekanan kepada aspek pencegahan, ketelusan dan akauntabiliti sejak dari awal,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Azalina, beberapa inisiatif turut diperkenalkan bagi memperkukuh sistem pentadbiran, termasuk kebebasan maklumat, reformasi pendanaan politik dan penubuhan Ombudsman Malaysia.<\/p>\n<p>Beliau berkata, langkah itu bertujuan memperluas akses kepada maklumat, meningkatkan ketelusan pembiayaan politik serta memperkukuh mekanisme semak dan imbang terhadap pentadbiran awam.<\/p>\n<p>\u201cLKAN membantu kita melihat dan memperbetulkan apa yang sudah berlaku, manakala reformasi institusi yang sedang kita laksanakan bertujuan membina sistem yang dapat mencegah kelemahan sebelum ia berlaku.<\/p>\n<p>\u201cKedua-duanya saling melengkapi. Matlamat akhirnya adalah sama, iaitu kerajaan yang lebih telus, institusi yang lebih bertanggungjawab dan sistem yang lebih dipercayai rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ini merupakan kali kelapan LKAN dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat sejak 2023 di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.<\/p>\n<p>Sebelum ini, laporan berkenaan dibentangkan untuk perhatian Ahli Parlimen sebelum dirujuk kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan susulan terhadap teguran audit berjaya menyumbang RM920.91 juta kepada kutipan hasil dan bayaran balik kepada kerajaan sehingga 28 September lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, jumlah itu membuktikan proses audit mampu menghasilkan pemulihan wang awam apabila teguran disusuli tindakan. Menurutnya, keberkesanan audit tidak seharusnya diukur hanya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4091,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[1173,1456,561,1954,309,5184],"authors":[],"class_list":["post-16325","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized","tag-audit","tag-azalina-othman-said","tag-laporan","tag-lkan","tag-parlimen","tag-undang-undang-dan-reformasi-institusi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16325","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16325"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16325\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16326,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16325\/revisions\/16326"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4091"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16325"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16325"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16325"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16325"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}