{"id":16329,"date":"2026-10-07T06:02:05","date_gmt":"2026-10-07T06:02:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16329"},"modified":"2026-10-07T06:02:05","modified_gmt":"2026-10-07T06:02:05","slug":"parlimen-sst-diteruskan-elak-cukai-berganda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/parlimen-sst-diteruskan-elak-cukai-berganda\/","title":{"rendered":"Parlimen: SST diteruskan, elak cukai berganda"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan tidak bercadang mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sebaliknya akan meneruskan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan menyerap elemen positif daripada GST.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, langkah itu bertujuan memperkukuh sistem percukaian negara, selain memastikan rakyat tidak terbeban dengan kesan cukai berganda.<\/p>\n<p>Menurutnya, perkara itu turut dinyatakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika sesi libat urus Belanjawan 2027 pada 18 Ogos lalu.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan akan serap elemen yang dikatakan bagus dalam sistem GST ke dalam sistem sedia ada.<\/p>\n<p>\u201cSistem sedia ada ialah SST tetapi memang ada elemen GST bagi memastikan tidak ada kesan cascading atau kesan berganda dalam percukaian,\u201d katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai hala tuju sistem percukaian negara.<\/p>\n<p>Chin Tong berkata, antara sebab kerajaan memilih untuk meneruskan SST ialah sistem itu lebih mudah difahami serta mempunyai sejarah pelaksanaan lebih 50 tahun di Malaysia.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, kerajaan melihat terdapat beberapa elemen dalam GST yang boleh digunakan untuk menambah baik sistem sedia ada, terutama dalam memastikan struktur percukaian lebih berkesan dan tidak memberi kesan berganda kepada pengguna.<\/p>\n<p>Menurutnya, GST turut dilaksanakan di banyak negara dan mempunyai beberapa ciri yang boleh dijadikan rujukan dalam memperkemaskan SST.<\/p>\n<p>\u201cJika sistem GST dilaksanakan sekarang, ia akan melibatkan sekurang-kurangnya 480,000 perniagaan yang perlu membayar cukai kepada kerajaan, sedangkan SST hanya melibatkan sekitar 80,000 perniagaan.<\/p>\n<p>\u201cTentunya SST dapat meringankan beban kebanyakan perniagaan kecil daripada dibebankan oleh GST serta menguruskan bayaran balik dan isu-isu lain yang berkaitan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>GST pernah diperkenalkan di Malaysia pada 2015 sebelum dimansuhkan pada 2018 dan digantikan dengan SST.<\/p>\n<p>Perdebatan mengenai sistem percukaian negara terus menjadi perhatian, khususnya berkaitan keberkesanan kutipan hasil kerajaan, kos pematuhan perniagaan serta kesannya terhadap harga barang dan kehidupan rakyat.<\/p>\n<p>Kerajaan kini mengambil pendekatan menambah baik SST dengan mengambil elemen tertentu daripada GST, tanpa melaksanakan semula GST secara keseluruhan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan tidak bercadang mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sebaliknya akan meneruskan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan menyerap elemen positif daripada GST. Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, langkah itu bertujuan memperkukuh sistem percukaian negara, selain memastikan rakyat tidak terbeban dengan kesan cukai berganda. Menurutnya, perkara itu turut dinyatakan Perdana Menteri, Anwar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":683,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[483,5185,493,287,2266,482],"authors":[],"class_list":["post-16329","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-cukai","tag-cukai-barang-dan-perkhidmatan","tag-gst","tag-kewangan","tag-liew-chin-tong","tag-mof"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16329","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16329"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16329\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16330,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16329\/revisions\/16330"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/683"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16329"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16329"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16329"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16329"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}