{"id":1633,"date":"2025-07-20T06:49:46","date_gmt":"2025-07-20T06:49:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1633"},"modified":"2025-07-20T06:49:46","modified_gmt":"2025-07-20T06:49:46","slug":"usaha-bawa-pulang-jho-low-perlu-diteruskan-untuk-didakwa-amk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/usaha-bawa-pulang-jho-low-perlu-diteruskan-untuk-didakwa-amk\/","title":{"rendered":"Usaha bawa pulang Jho Low perlu diteruskan untuk didakwa: AMK"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan diharap meneruskan usaha membawa pulang ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low untuk dihadapkan ke muka pengadilan, gesa Angkatan Muda Keadilan (AMK).<\/p>\n<p>Sayap pemuda PKR itu berkata Jho Low tidak boleh dibiarkan bebas walhal individu tersebut adalah watak penting dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah merugikan negara berbilion-bilion ringgit, dengan anggaran kerugian ditanggung kerajaan mencecah AS$18 bilion (lebih RM82 billion).<\/p>\n<p>Menurutnya, ia adalah angka yang sangat besar dan memberikan impak langsung kepada kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara.<\/p>\n<p>\u201cKecurangan ini juga telah mengakibatkan rakyat dan negara terpaksa menanggung beban kerugian sehingga ke hari ini.<\/p>\n<p>\u201cKehadiran beliau di mahkamah adalah penting untuk melengkapkan proses keadilan dan mengembalikan aset negara yang telah dijarah,\u201d katanya dalam satu kenyataan media.<\/p>\n<p>Semalam, beberapa media antarabangsa yang memetik dua wartawan penyiasat iaitu Bradley Hope dan Tom Wright mendakwa Jho Low kini tinggal di Shanghai, China menggunakan identiti palsu dengan nama \u2018Constantinos Achilles Veis\u2019 serta pasport Australia palsu.<\/p>\n<p>Pendedahan itu dibuat dua wartawan berkenaan yang membongkar skandal kewangan 1MDB, Bradley Hope dan Tom Wright dalam episod khas Finding Jho Low: Live with Bradley Hope &amp; Tom Wright.<\/p>\n<p>Sementara itu, mengulas pendedahan media antarabangsa terbabit, AMK menyifatkan perkara tersebut sekiranya benar, menimbulkan persoalan serius tentang keberkesanan usaha membawa Jho Low ke muka pengadilan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, tambahnya, adalah penting untuk semua pihak berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan sistem keadilan negara berkait kes tersebut.<\/p>\n<p>Jelasnya, sebarang tuntutan yang dibuat haruslah berdasarkan kepada kerangka undang-undang sedia ada dan tidak boleh dilihat sebagai mencampuri proses undang-undang di bawah badan kehakiman.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, AMK menggesa kerajaan meningkatkan usaha kerjasama dengan Interpol dan agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa lain bagi mengesan dan membawa pulang Jho Low dengan segera, tanpa sebarang kompromi.<\/p>\n<p>Selain itu, katanya, semua pihak pihak terutama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan turut diseru untuk terus fokus kepada agenda reformasi institusi dan pengukuhan tadbir urus yang baik.<\/p>\n<p>\u201cKeutamaan kita adalah memastikan keadilan ditegakkan untuk semua rakyat Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambahnya, AMK akan terus memantau perkembangan kes Jho Low dan isu-isu berkaitan 1MDB dan akan terus mendukung segala usaha untuk membasmi amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, bagi menjamin masa depan Malaysia yang lebih bersih dan bermaruah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan diharap meneruskan usaha membawa pulang ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low untuk dihadapkan ke muka pengadilan, gesa Angkatan Muda Keadilan (AMK). Sayap pemuda PKR itu berkata Jho Low tidak boleh dibiarkan bebas walhal individu tersebut adalah watak penting dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah merugikan negara berbilion-bilion ringgit, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1634,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[123,164,959,287,9,230],"authors":[],"class_list":["post-1633","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-1mdb","tag-amk","tag-jho-low","tag-kewangan","tag-pkr","tag-skandal"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1633","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1633"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1633\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1635,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1633\/revisions\/1635"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1634"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1633"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1633"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1633"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1633"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}