{"id":16360,"date":"2026-10-08T02:52:31","date_gmt":"2026-10-08T02:52:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16360"},"modified":"2026-10-08T02:52:31","modified_gmt":"2026-10-08T02:52:31","slug":"sprm-perlu-teliti-isu-rm2-1-bilion-projek-jalan-luar-bandar-amk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sprm-perlu-teliti-isu-rm2-1-bilion-projek-jalan-luar-bandar-amk\/","title":{"rendered":"SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menjalankan siasatan menyeluruh terhadap laporan DAP berhubung dakwaan perbezaan perbelanjaan RM2.1 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).<\/p>\n<p>Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Shafiq Iqram Abdullah berkata, siasatan perlu dilakukan secara bebas dengan meneliti peranan semua pihak yang mempunyai kuasa melulus, mengarah atau membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan projek berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, kesalahan tidak wajar terus diletakkan ke atas mana-mana individu sebelum fakta dan dokumen berkaitan diperiksa.<\/p>\n<p>\u201cTetapi saya tak fikir kita patut terus meletakkan kesalahan kepada Ahmad Zahid atau mana-mana individu sebelum siasatan menentukan fakta.<\/p>\n<p>\u201cKalau ada unsur kesalahan, siapa pun yang terlibat perlu bertanggungjawab. Kalau tiada kesalahan, siasatan itu sendiri akan menjelaskan kedudukan mereka,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Semalam, Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin membuat laporan kepada SPRM bagi menggesa siasatan terhadap peranan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkaitan perbezaan perbelanjaan RM2.1 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar di bawah KKDW.<\/p>\n<p>Turut hadir membuat laporan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur ialah Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau.<\/p>\n<p>Mohd Shafiq berkata, kedudukan politik tidak sepatutnya menjadi faktor seseorang dikecualikan daripada penelitian, namun laporan politik juga tidak boleh dianggap sebagai bukti seseorang melakukan kesalahan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini sudah mengemukakan angka dan penjelasan mengenai kewujudan komitmen serta perbelanjaan yang melebihi peruntukan tahunan.<\/p>\n<p>\u201cPersoalan yang perlu dijawab ialah bagaimana komitmen tersebut berlaku. Bila komitmen dibuat? Bila kelulusan kewangan diperoleh? Adakah terdapat pelarasan atau penyusunan semula peruntukan?<\/p>\n<p>\u201cDan apakah proses yang digunakan sebelum komitmen kepada projek dan kontraktor dibuat?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau meminta SPRM meneliti dokumen, kronologi kelulusan serta proses kewangan bagi menentukan punca sebenar perbezaan angka berkenaan.<\/p>\n<p>Mohd Shafiq turut mengingatkan supaya MOF tidak dijadikan pihak yang dipersalahkan bagi menutup persoalan berkaitan pengurusan komitmen projek.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau menegaskan perbezaan angka RM2.1 bilion tidak boleh secara automatik ditafsirkan sebagai rasuah atau salah guna kuasa kerana perkara itu perlu ditentukan melalui dokumen, audit dan siasatan.<\/p>\n<p>\u201cPerbelanjaan wang awam perlu mempunyai asas kelulusan yang jelas dan boleh dipertanggungjawabkan.<\/p>\n<p>\u201cTunjukkan dokumen. Tunjukkan kelulusan. Tunjukkan kronologi. Rakyat berhak tahu bagaimana wang awam dikeluarkan dan dibelanjakan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menjalankan siasatan menyeluruh terhadap laporan DAP berhubung dakwaan perbezaan perbelanjaan RM2.1 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Shafiq Iqram Abdullah berkata, siasatan perlu dilakukan secara bebas dengan meneliti peranan semua pihak yang mempunyai kuasa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14904,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,164,4850,4849,482,4846,9,21],"authors":[],"class_list":["post-16360","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-amk","tag-jalan-luar-bandar","tag-kkdw","tag-mof","tag-mohd-shafiq-iqram-abdullah","tag-pkr","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16360","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16360"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16360\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16361,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16360\/revisions\/16361"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14904"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16360"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16360"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16360"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16360"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}