{"id":16367,"date":"2026-10-08T03:13:24","date_gmt":"2026-10-08T03:13:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16367"},"modified":"2026-10-08T03:13:24","modified_gmt":"2026-10-08T03:13:24","slug":"rm42-5-bilion-hutang-1mdb-sudah-dibayar-kerajaan-masih-tanggung-baki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rm42-5-bilion-hutang-1mdb-sudah-dibayar-kerajaan-masih-tanggung-baki\/","title":{"rendered":"RM42.5 bilion hutang 1MDB sudah dibayar, kerajaan masih tanggung baki"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan telah membelanjakan puluhan bilion ringgit bagi memenuhi komitmen kewangan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd, FELDA serta kerugian pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini.<\/p>\n<p>Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim berkata, setakat 31 Ogos 2026, kerajaan telah membayar RM42.5 bilion bagi menampung komitmen berkaitan 1MDB, merangkumi bayaran prinsipal, faedah, kos guaman dan operasi.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kerajaan masih berdepan baki obligasi sebanyak RM20.1 bilion sekiranya tiada pemulihan dana tambahan pada masa akan datang.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan akan terus mengambil tindakan perundangan dan memperkukuh kerjasama antarabangsa bagi memaksimumkan pemulihan baki aset 1MDB yang diseleweng.<\/p>\n<p>\u201cUsaha ini penting untuk mengurangkan beban kewangan negara dan memastikan kepentingan rakyat terus terpelihara,\u201d katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Bagi SRC International pula, kerajaan telah menanggung kira-kira RM5.35 bilion bagi memenuhi obligasi syarikat kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) berjumlah RM5.66 bilion.<\/p>\n<p>Baki RM310 juta pula ditampung melalui sumber dalaman SRC, dengan penyelesaian terakhir obligasi dibuat pada 28 Mac 2022 susulan pinjaman SRC kepada KWAP yang dijamin kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cApabila SRC tidak dapat memenuhi sepenuhnya obligasi pembayarannya, Kerajaan perlu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penjamin bagi memastikan obligasi kepada KWAP diselesaikan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan FELDA, kerajaan telah meluluskan jaminan berjumlah RM9.9 bilion bagi membolehkan agensi itu mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan tempatan dan pasaran modal.<\/p>\n<p>Pembiayaan itu antaranya digunakan untuk projek dan pelaburan Kumpulan FELDA serta pelaksanaan Pelan Pemulihan FELDA.<\/p>\n<p>Daripada jumlah jaminan tersebut, FELDA telah mendapatkan pembiayaan yang dijamin kerajaan sebanyak RM8.92 bilion. Setakat 30 September 2026, baki pinjaman FELDA yang masih dijamin kerajaan ialah RM5.88 bilion selepas mengambil kira bayaran prinsipal RM3.04 bilion.<\/p>\n<p>Sementara itu, kerajaan turut berdepan kesan kewangan daripada masalah pengurusan pelaburan TH sebelum ini.<\/p>\n<p>Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendapati wujud proses pelaburan tidak teratur termasuk manipulasi laporan kesesuaian pelaburan, amalan perakaunan kreatif, representasi mengelirukan serta penyembunyian maklumat.<\/p>\n<p>Kerugian pelaburan sebelum 2018 dianggarkan hampir RM13 bilion, termasuk RM10.2 bilion yang ditanggung kerajaan melalui langkah penyelamatan pada 2018.<\/p>\n<p>Selain itu, RM2.6 bilion lagi merupakan rosot nilai yang ditanggung TH antara 2018 hingga 2025 bagi pelaburan yang masih diuruskan.<\/p>\n<p>Daripada 14 pelaburan bermasalah dikenal pasti, tujuh mengalami kerugian sepenuhnya dan telah dibuat rosot nilai 100 peratus, manakala usaha pemulihan bagi tujuh pelaburan lain masih diteruskan bagi melindungi kepentingan pendeposit serta mendapatkan semula dana.<\/p>\n<p>Kesemua angka itu menggambarkan kesan kewangan jangka panjang yang masih ditanggung kerajaan susulan keputusan dan komitmen kewangan terdahulu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan telah membelanjakan puluhan bilion ringgit bagi memenuhi komitmen kewangan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd, FELDA serta kerugian pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim berkata, setakat 31 Ogos 2026, kerajaan telah membayar RM42.5 bilion bagi menampung komitmen berkaitan 1MDB, merangkumi bayaran prinsipal, faedah, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16368,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[123,13,155,287,482,309,18],"authors":[],"class_list":["post-16367","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-1mdb","tag-anwar","tag-hutang","tag-kewangan","tag-mof","tag-parlimen","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16367","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16367"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16367\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16369,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16367\/revisions\/16369"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16368"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16367"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16367"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16367"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16367"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}