{"id":16370,"date":"2026-10-08T03:17:20","date_gmt":"2026-10-08T03:17:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16370"},"modified":"2026-10-08T03:17:20","modified_gmt":"2026-10-08T03:17:20","slug":"isu-rm2-1-bilion-kkdw-akmal-persoal-laporan-guan-eng-kepada-sprm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/isu-rm2-1-bilion-kkdw-akmal-persoal-laporan-guan-eng-kepada-sprm\/","title":{"rendered":"Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan tindakan Lim Guan Eng membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung percanggahan perbelanjaan bernilai RM2.1 bilion membabitkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).<\/p>\n<p>Menurut Akmal, jumlah RM2.1 bilion itu merupakan peruntukan tambahan yang sudah diselaraskan dan diluluskan Kementerian Kewangan (MOF) kepada KKDW, dengan kementerian berkenaan bertindak sebagai penyelaras pelaksanaan projek.<\/p>\n<p>Beliau berkata, persoalan utama perlu diberi perhatian ialah mengapa peruntukan yang sudah diluluskan MOF tidak disalurkan kepada KKDW bagi membolehkan bayaran dibuat kepada kontraktor selepas Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan.<\/p>\n<p>\u201cDalam tatacara kewangan kerajaan, sesebuah kementerian tidak boleh sewenang-wenangnya membuat perbelanjaan tanpa peruntukan dan kelulusan yang sewajarnya daripada pihak berkuasa kewangan,\u201d katanya menerusi Facebook malam tadi.<\/p>\n<p>Akmal berkata demikian sebagai respons terhadap laporan sekumpulan Ahli Parlimen DAP kepada SPRM yang mendesak siasatan menyeluruh dan bebas terhadap Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Ahmad Zahid Hamidi.<\/p>\n<p>Laporan itu dibuat di Pejabat SPRM Kuala Lumpur dan menyentuh isu percanggahan perbelanjaan RM2.1 bilion yang dikaitkan dengan KKDW.<\/p>\n<p>Akmal berkata, jika wujud sebarang isu atau salah laku, siasatan perlu dijalankan dan fakta berkaitan perlu didedahkan kepada umum.<\/p>\n<p>Namun, katanya, proses kewangan kerajaan perlu dilihat secara menyeluruh, termasuk pihak yang meluluskan peruntukan, pihak yang mengeluarkan SST serta pihak yang bertanggungjawab menyalurkan wang kepada kementerian.<\/p>\n<p>\u201cJangan akhirnya KKDW dipersoalkan mengenai wang yang telah diluluskan tetapi tidak pernah sampai kepada kementerian untuk dibayar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan kefahaman Guan Eng mengenai tatacara kewangan kerajaan ketika pernah mengetuai Kementerian Kewangan.<\/p>\n<p>\u201cKalau mantan Menteri Kewangan sendiri tidak memahami tatacara kewangan yang berlaku ketika di bawah pentadbirannya, maka tidak hairanlah rakyat tertanya-tanya bagaimana pengurusan kewangan negara ketika itu boleh menjadi begitu bercelaru.<\/p>\n<p>\u201cKesian negara ada MP yang masih lagi tidak faham tatacara kewangan negara,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan tindakan Lim Guan Eng membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung percanggahan perbelanjaan bernilai RM2.1 bilion membabitkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Menurut Akmal, jumlah RM2.1 bilion itu merupakan peruntukan tambahan yang sudah diselaraskan dan diluluskan Kementerian Kewangan (MOF) kepada KKDW, dengan kementerian berkenaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1298,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,3031,4850,4849,79,535,21,146],"authors":[],"class_list":["post-16370","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-dr-muhamad-akmal-saleh","tag-jalan-luar-bandar","tag-kkdw","tag-lim-guan-eng","tag-peruntukan","tag-sprm","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16370","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16370"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16370\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16371,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16370\/revisions\/16371"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16370"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16370"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16370"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16370"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}