{"id":16379,"date":"2026-10-08T03:32:39","date_gmt":"2026-10-08T03:32:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16379"},"modified":"2026-10-08T03:32:39","modified_gmt":"2026-10-08T03:32:39","slug":"aminuddin-terkejut-10-exco-saman-kerajaan-negeri-sembilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/aminuddin-terkejut-10-exco-saman-kerajaan-negeri-sembilan\/","title":{"rendered":"Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan"},"content":{"rendered":"<p>Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menyifatkan tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memfailkan saman terhadap kerajaan negeri sebagai sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.<\/p>\n<p>Aminuddin berkata, beliau terkejut dengan perkembangan itu selepas 10 Exco berkenaan mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan membatalkan pelantikan mereka sebagai Exco.<\/p>\n<p>\u201cSaya terperanjat apabila 10 mantan Exco Negeri Sembilan telah memfailkan saman kepada kerajaan negeri, kerajaan mereka sendiri.<\/p>\n<p>\u201cIni merupakan satu perkara yang tak pernah berlaku. Ramai tertanya-tanya dan menghubungi saya menyatakan apa yang berlaku hari ini,\u201d katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook, hari ini.<\/p>\n<p>Sebelum ini, 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memfailkan saman pemula terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan kerajaan negeri di Mahkamah Tinggi Seremban bagi mencabar tindakan membatalkan pelantikan mereka sebagai Exco.<\/p>\n<p>Aminuddin turut mempersoalkan pihak yang menasihati kesemua Exco terbabit supaya mengambil tindakan undang-undang tersebut.<\/p>\n<p>Menurutnya, sekiranya isu berkenaan dapat ditangani lebih awal melalui rundingan dan penyelesaian dalaman, tindakan saman mungkin dapat dielakkan.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan saman kerajaan, menuntut kos daripada kerajaan. Tak pernah dalam sejarah Malaysia. Tak tahu bagaimana ia boleh berlaku dan siapa yang menasihati,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau menghormati keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu yang menyaksikan BN dan PN memperoleh majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Katanya, mandat itu sepatutnya digunakan untuk memastikan pentadbiran Negeri Sembilan berjalan lancar dan memberi tumpuan kepada pembangunan serta kebajikan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSaya akur, teman-teman daripada Pakatan Harapan akur, teman-teman daripada Bersatu pun akur tentang kekalahan dan mereka mendapat majoriti dua pertiga untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat.<\/p>\n<p>\u201cSepatutnya mereka boleh berjalan dengan lebih baik, lebih lancar dan dapat membantu pembangunan negeri serta rakyat Negeri Sembilan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Namun, Aminuddin berkata, kemelut politik yang masih berlarutan sehingga Oktober menimbulkan persoalan terhadap keupayaan pentadbiran negeri menyelesaikan masalah dalaman.<\/p>\n<p>Beliau bimbang perkembangan itu akhirnya memberi imej kurang baik kepada Negeri Sembilan sehingga menjadi perhatian rakyat di negeri lain.<\/p>\n<p>\u201cJangan kita digelakkan oleh rakyat Malaysia dan rakyat negeri-negeri lain yang melihat kita tidak bijaksana dalam melaksanakan tanggungjawab kita,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menggesa kerajaan negeri menghentikan permainan politik dan kembali memberi tumpuan kepada mandat yang diberikan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cBukannya hari ini kita terus berpolitik, bukan sesama orang politik, tetapi sekarang sesama&#8230; saya pun tak tahu, sesama kerajaan. Saya pun tak tahu mana satu kerajaan sekarang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Aminuddin pada masa sama berharap kemelut tersebut dapat diselesaikan secara baik kerana ruang untuk memperbetulkan keadaan masih terbuka.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menyifatkan tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memfailkan saman terhadap kerajaan negeri sebagai sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Aminuddin berkata, beliau terkejut dengan perkembangan itu selepas 10 Exco berkenaan mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan membatalkan pelantikan mereka sebagai Exco. \u201cSaya terperanjat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9361,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3686,2580,58,408,1154,290,3684],"authors":[],"class_list":["post-16379","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aminuddin-harun","tag-exco","tag-mahkamah","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-saman","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16379","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16379"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16379\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16380,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16379\/revisions\/16380"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9361"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16379"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16379"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16379"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16379"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}