{"id":16386,"date":"2026-10-08T05:51:02","date_gmt":"2026-10-08T05:51:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16386"},"modified":"2026-10-08T05:51:02","modified_gmt":"2026-10-08T05:51:02","slug":"tiada-lesen-judi-baharu-dikeluarkan-mof","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiada-lesen-judi-baharu-dikeluarkan-mof\/","title":{"rendered":"Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Kewangan menegaskan kerajaan tidak mengeluarkan lesen perjudian baharu, sebaliknya hanya mengawal selia operasi perjudian berlesen yang sudah sedia ada.<\/p>\n<p>Perkara itu dimaklumkan kementerian menerusi jawapan bertulis di Parlimen kepada Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang meminta penjelasan sama ada Putrajaya bercadang menghapuskan atau mengehadkan kelulusan lesen perjudian bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan menguatkuasakan larangan terhadap premis perjudian.<\/p>\n<p>Isu itu timbul susulan desakan kerajaan Kedah supaya Putrajaya membantu negeri berkenaan melaksanakan semula larangan premis perjudian selepas usaha negeri itu terbatal susulan keputusan mahkamah.<\/p>\n<p>Menurut Kementerian Kewangan, sebarang perubahan terhadap dasar pelesenan perlu mengambil kira bidang kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan selain risiko peningkatan aktiviti perjudian tidak berlesen.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan sentiasa komited dalam usaha menilai keberkesanan kerangka kawal selia sedia ada dan akan terus bekerjasama dengan agensi penguat kuasa bagi memastikan aktiviti perjudian berlesen beroperasi dalam lingkungan undang-undang yang ditetapkan bagi memelihara kesejahteraan sosial masyarakat majmuk,\u201d menurut jawapan itu.<\/p>\n<p>Kedah pada 2023 menjadi negeri ketiga mengharamkan operasi premis perjudian berlesen selepas Kelantan dan Terengganu yang masing-masing ditadbir PAS.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, usaha Kedah itu berdepan cabaran selepas Mahkamah Rayuan tahun lalu memutuskan kawal selia perjudian dan loteri berada di bawah bidang kuasa eksklusif Kementerian Kewangan.<\/p>\n<p>Pada 12 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kebenaran merayu, sekali gus menamatkan usaha kerajaan Kedah untuk menguatkuasakan larangan perjudian di negeri berkenaan.<\/p>\n<p>Perkembangan itu turut mencetuskan pertikaman lidah antara PAS dan Putrajaya.<\/p>\n<p>Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor sebelum ini memberi amaran kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim supaya tidak membenarkan aktiviti perjudian disambung semula di negeri itu, malah mendakwa tindakan sedemikian boleh menyebabkan Anwar dimaki rakyat Kedah.<\/p>\n<p>Susulan itu, Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah membangkitkan rekod kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika mentadbir negara.<\/p>\n<p>\u201cSebaliknya, Anwar sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang dihamun oleh Sanusi itulah yang menurunkannya kembali kepada lapan kali setahun,\u201d katanya, merujuk kepada jumlah cabutan khas perjudian yang sebelum ini dinaikkan daripada lapan kepada 22 kali setahun ketika pentadbiran PN.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Kewangan menegaskan kerajaan tidak mengeluarkan lesen perjudian baharu, sebaliknya hanya mengawal selia operasi perjudian berlesen yang sudah sedia ada. Perkara itu dimaklumkan kementerian menerusi jawapan bertulis di Parlimen kepada Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang meminta penjelasan sama ada Putrajaya bercadang menghapuskan atau mengehadkan kelulusan lesen perjudian bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan menguatkuasakan larangan terhadap [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1914,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[145,125,287,981,482,4543],"authors":[],"class_list":["post-16386","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-judi","tag-kedah","tag-kewangan","tag-lesen","tag-mof","tag-muhammad-sanusi-md-nor"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16386","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16386"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16386\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16387,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16386\/revisions\/16387"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1914"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16386"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16386"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16386"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16386"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}