{"id":16409,"date":"2026-10-09T03:23:49","date_gmt":"2026-10-09T03:23:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16409"},"modified":"2026-10-09T03:23:49","modified_gmt":"2026-10-09T03:23:49","slug":"mat-sabu-jadikan-krisis-negeri-sembilan-pengajaran-buat-pengundi-prn-melaka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mat-sabu-jadikan-krisis-negeri-sembilan-pengajaran-buat-pengundi-prn-melaka\/","title":{"rendered":"Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka"},"content":{"rendered":"<p>Presiden Amanah, Mohamad Sabu menggesa pengundi Melaka mengambil iktibar daripada kemelut politik di Negeri Sembilan dengan mengembalikan pentadbiran negeri kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.<\/p>\n<p>Beliau berkata, perebutan kuasa di tengah penggal hanya mencetuskan ketidakstabilan politik, sedangkan rakyat memerlukan kerajaan yang stabil untuk memastikan pentadbiran berjalan lancar.<\/p>\n<p>\u201cBiarlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan itu sebagai satu pengajaran. Di Melaka ini tolong kembalikan pemerintahan kepada PH,\u201d katanya ketika berucap pada ceramah Skandal Tabung Haji: Siapa Khianat Orang Melayu Islam di Melaka, malam tadi.<\/p>\n<p>Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata tindakan menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat sebelum tamat penggal tidak sepatutnya berulang dalam politik negara.<\/p>\n<p>Beliau turut mengimbas Langkah Sheraton pada Februari 2020 yang menyaksikan perubahan kerajaan Persekutuan selepas beberapa Ahli Parlimen menarik sokongan terhadap pentadbiran PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad.<\/p>\n<p>\u201cKenapa jatuh? Sheraton Move. Kenapa Sheraton Move? Tamak nak ambil kuasa di tengah jalan. Tak mahu tunggu pilihan raya. Kita kalau tunggu pilihan raya selepas lima tahun, tak apa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kemelut politik Negeri Sembilan sebelum ini tercetus susulan pertikaian membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri. Pada 27 April lalu, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun.<\/p>\n<p>Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri pimpinan PH kehilangan majoriti mudah dalam DUN yang mempunyai 36 kerusi, sekali gus mencetuskan ketidaktentuan politik sebelum pembubaran DUN membuka laluan kepada PRN.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Mat Sabu yakin PH mempunyai peluang membentuk kerajaan negeri Melaka sekiranya berjaya memperoleh lebih 15 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.<\/p>\n<p>Beliau turut menyuarakan keyakinan PH mampu mengatasi BN dalam persaingan kerusi pada pilihan raya itu.<\/p>\n<p>\u201cMelaka ini tempat kita nak meletakkan politik Malaysia di landasan yang betul semula,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PRN Melaka ke-16 dijadualkan berlangsung pada 14 November ini selepas DUN dibubarkan pada 23 September lalu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden Amanah, Mohamad Sabu menggesa pengundi Melaka mengambil iktibar daripada kemelut politik di Negeri Sembilan dengan mengembalikan pentadbiran negeri kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Beliau berkata, perebutan kuasa di tengah penggal hanya mencetuskan ketidakstabilan politik, sedangkan rakyat memerlukan kerajaan yang stabil untuk memastikan pentadbiran berjalan lancar. \u201cBiarlah apa yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4942,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,585,192,2345,1154,727,347,103],"authors":[],"class_list":["post-16409","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-krisis","tag-melaka","tag-mohamad-sabu","tag-negeri-sembilan","tag-pakatan-harapan","tag-ph","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16409","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16409"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16409\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16410,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16409\/revisions\/16410"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4942"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16409"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16409"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16409"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16409"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}