{"id":16411,"date":"2026-10-09T03:26:03","date_gmt":"2026-10-09T03:26:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16411"},"modified":"2026-10-09T03:26:03","modified_gmt":"2026-10-09T03:26:03","slug":"anwar-bentang-belanjawan-2027-petang-ini-kos-sara-hidup-jadi-fokus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-bentang-belanjawan-2027-petang-ini-kos-sara-hidup-jadi-fokus\/","title":{"rendered":"Anwar bentang Belanjawan 2027 petang ini, kos sara hidup jadi fokus"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, dijadual membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada pukul 3.30 petang ini dengan tumpuan kepada kos sara hidup, pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat.<\/p>\n<p>Belanjawan MADANI kelima itu membawa aspirasi memastikan hasil pembangunan negara dapat dinikmati secara lebih adil oleh semua lapisan masyarakat, selain meningkatkan taraf hidup dan menjamin kesejahteraan rakyat.<\/p>\n<p>Menerusi hantaran di platform X, Anwar berkata belanjawan kali ini akan meneruskan usaha membangunkan ekonomi negara tanpa mengabaikan keperluan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cInsya-Allah petang ini saya akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, dengan aspirasi untuk \u2018menggapai di langit serta mengakar di bumi\u2019,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengajak orang ramai mengikuti pembentangan itu secara langsung menerusi saluran televisyen dan platform digital utama.<\/p>\n<p>Belanjawan 2027 merupakan belanjawan kedua di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), dengan kesinambungan agenda Ekonomi MADANI yang berteraskan tiga tonggak utama, iaitu meningkatkan pertumbuhan ekonomi, menaikkan taraf hidup rakyat dan memperkukuh tatakelola pentadbiran negara.<\/p>\n<p>Menurut Kementerian Kewangan menerusi kenyataan prabelanjawan, ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan hasil pelaksanaan reformasi struktur, termasuk konsolidasi fiskal dan penyasaran subsidi, meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik serta gangguan rantaian bekalan global.<\/p>\n<p>Antara fokus utama yang digariskan ialah usaha menangani kos sara hidup menerusi bantuan bersasar seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan BUDI MADANI, merapatkan jurang pembangunan wilayah serta memperkukuh perlindungan sosial untuk pekerja gig.<\/p>\n<p>Kerajaan turut memberi perhatian kepada persediaan menghadapi status negara menua menjelang 2030, selain meningkatkan mutu perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.<\/p>\n<p>Agenda pembaharuan turut merangkumi transformasi sektor awam berasaskan teknologi atau GovTech, pelaksanaan gaji bermaruah, pemerkasaan usahawan tempatan melalui pendekatan \u201cMade by Malaysia\u201d serta menarik pelaburan bernilai tinggi dalam sektor semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI).<\/p>\n<p>Pembentangan belanjawan kali ini juga dijangka menjadi medan penting untuk kerajaan memperincikan langkah memperkukuh daya tahan ekonomi dan memastikan manfaat pertumbuhan dapat dirasai rakyat, khususnya ketika tekanan kos sara hidup masih menjadi perhatian.<\/p>\n<p>Selepas pembentangan, Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 dijadual dibahaskan di peringkat dasar selama lapan hari bermula minggu hadapan.<\/p>\n<p>Sesi penggulungan oleh kementerian berkaitan dijadual berlangsung dari 26 hingga 29 Oktober, sebelum perbahasan peringkat jawatankuasa bermula pada 2 November hingga 26 November dan rang undang-undang itu diproses untuk kelulusan Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Pembentangan Belanjawan 2027 akan disiarkan secara langsung menerusi pelbagai saluran televisyen tempatan dan platform digital, manakala Bernama TV turut menyediakan kupasan Analisis Belanjawan 2027 pada pukul 8.30 malam ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, dijadual membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada pukul 3.30 petang ini dengan tumpuan kepada kos sara hidup, pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat. Belanjawan MADANI kelima itu membawa aspirasi memastikan hasil pembangunan negara dapat dinikmati secara lebih adil oleh semua lapisan masyarakat, selain meningkatkan taraf hidup dan menjamin [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2100,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,4750,287,309,18],"authors":[],"class_list":["post-16411","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-belanjawan-2027","tag-kewangan","tag-parlimen","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16411","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16411"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16411\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16412,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16411\/revisions\/16412"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2100"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16411"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16411"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16411"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16411"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}