{"id":16418,"date":"2026-10-09T06:26:20","date_gmt":"2026-10-09T06:26:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16418"},"modified":"2026-10-09T06:26:20","modified_gmt":"2026-10-09T06:26:20","slug":"dadah-rm3-3-juta-dirampas-di-kuching-dua-lelaki-didakwa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dadah-rm3-3-juta-dirampas-di-kuching-dua-lelaki-didakwa\/","title":{"rendered":"Dadah RM3.3 juta dirampas di Kuching, dua lelaki didakwa"},"content":{"rendered":"<p>Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas 32.73 kilogram pil Eramin 5 bernilai kira-kira RM3.3 juta dalam operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada 28 September lalu.<\/p>\n<p>Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak, berkata kedua-dua suspek berusia 25 dan 39 tahun itu ditahan di balai ketibaan lapangan terbang berkenaan dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak.<\/p>\n<p>Menurutnya, siasatan mendapati sindiket terbabit dipercayai mendapatkan bekalan dadah dari Johor Bahru sebelum membawanya ke Kuching menggunakan penerbangan untuk diedarkan di sekitar bandar raya ini.<\/p>\n<p>\u201cKedua-dua suspek dipercayai menerima upah RM5,000 bagi kegiatan berkenaan,\u201d katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.<\/p>\n<p>Saifullizan berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak Ogos lalu, manakala jumlah dadah yang dirampas dianggarkan mampu menjejaskan sehingga 163,650 orang.<\/p>\n<p>Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek berusia 25 tahun positif methamphetamine, amphetamine dan benzo, manakala seorang lagi suspek negatif dadah.<\/p>\n<p>Suspek berusia 25 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau, termasuk satu kesalahan berkaitan dadah dan dua kesalahan jenayah.<\/p>\n<p>Seorang lagi suspek yang bekerja sebagai nelayan pula mempunyai dua rekod kesalahan jenayah lampau.<\/p>\n<p>Kedua-dua lelaki itu pada mulanya direman selama enam hari sehingga 5 Oktober sebelum tempoh reman dilanjutkan dua hari lagi hingga 7 Oktober lalu.<\/p>\n<p>Mereka kemudian didakwa di Mahkamah Majistret Kuching pada 7 Oktober mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang berkaitan kesalahan pengedaran dadah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas 32.73 kilogram pil Eramin 5 bernilai kira-kira RM3.3 juta dalam operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada 28 September lalu. Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak, berkata kedua-dua suspek berusia 25 dan 39 tahun itu ditahan di balai ketibaan lapangan terbang berkenaan dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16422,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[511,3109,5199,3207,43,2323,5200,158],"authors":[],"class_list":["post-16418","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dadah","tag-kuching","tag-lapangan-terbang-antarabangsa-kuching","tag-narkotik","tag-pdrm","tag-rampas","tag-saifullizan-ishak","tag-sarawak"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16418","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16418"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16418\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16419,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16418\/revisions\/16419"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16422"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16418"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16418"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16418"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16418"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}