{"id":16477,"date":"2026-10-10T03:37:22","date_gmt":"2026-10-10T03:37:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16477"},"modified":"2026-10-10T03:37:22","modified_gmt":"2026-10-10T03:37:22","slug":"penjenayah-10-rekod-ditembak-selepas-kejar-mengejar-di-ldp","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/penjenayah-10-rekod-ditembak-selepas-kejar-mengejar-di-ldp\/","title":{"rendered":"Penjenayah 10 rekod ditembak selepas kejar-mengejar di LDP"},"content":{"rendered":"<p>Lelaki berusia 30-an yang tular melarikan diri daripada polis di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), berhampiran Damansara Damai, semalam, cedera ditembak sebelum berjaya ditahan.<\/p>\n<p>Suspek yang memandu kereta Proton Wira secara berbahaya dipercayai merempuh beberapa kenderaan lain ketika dikejar polis sebelum meninggalkan keretanya dan cuba melarikan diri dengan berlari di lebuh raya.<\/p>\n<p>Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.42 petang.<\/p>\n<p>Menurutnya, kejadian bermula apabila polis peronda mengejar kenderaan suspek dari Persiaran Mahogani menghala ke Sungai Buloh.<\/p>\n<p>\u201cSuspek memandu secara agresif dan berbahaya serta merempuh kenderaan lain sebelum ditahan di tempat kejadian.<\/p>\n<p>\u201cSuspek cedera akibat ditembak polis dalam kejadian itu dan kini masih menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, seorang anggota polis turut mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan dan sudah menerima rawatan.<\/p>\n<p>Semakan polis mendapati suspek mempunyai 10 rekod lampau, terdiri daripada enam kes berkaitan dadah dan empat kes jenayah.<\/p>\n<p>Polis turut merampas dadah serta senjata mainan menyerupai pistol dalam kejadian itu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, ujian saringan air kencing terhadap suspek belum dapat dijalankan kerana dia masih menerima rawatan di hospital.<\/p>\n<p>Shamsudin berkata, polis masih menyiasat punca suspek bertindak melarikan diri ketika pemeriksaan dijalankan.<\/p>\n<p>Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 279 kanun sama berkaitan pemanduan secara melulu atau berbahaya.<\/p>\n<p>Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 serta Seksyen 39B dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.<\/p>\n<p>Permohonan reman terhadap suspek dijadualkan dibuat di PPUM hari ini.<\/p>\n<p>Terdahulu, beberapa rakaman video kejadian tular di media sosial, memaparkan aksi kejar-mengejar antara polis dengan sebuah kereta sebelum suspek meninggalkan kenderaan dan cuba melarikan diri di lebuh raya.<\/p>\n<p>Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lelaki berusia 30-an yang tular melarikan diri daripada polis di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), berhampiran Damansara Damai, semalam, cedera ditembak sebelum berjaya ditahan. Suspek yang memandu kereta Proton Wira secara berbahaya dipercayai merempuh beberapa kenderaan lain ketika dikejar polis sebelum meninggalkan keretanya dan cuba melarikan diri dengan berlari di lebuh raya. Ketua Polis Daerah Petaling [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16478,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5220,5219,5218,5217,2067,94,56],"authors":[],"class_list":["post-16477","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-asisten-komisioner-shamsudin-mamat","tag-kejar-mengejar","tag-ldp","tag-lebuh-raya-damansara-puchong","tag-petaling-jaya","tag-polis","tag-tular"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16477","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16477"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16477\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16479,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16477\/revisions\/16479"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16478"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16477"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16477"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16477"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16477"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}