{"id":16489,"date":"2026-10-10T05:46:08","date_gmt":"2026-10-10T05:46:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16489"},"modified":"2026-10-10T05:46:08","modified_gmt":"2026-10-10T05:46:08","slug":"akmal-kecam-sindiran-eric-see-to-terhadap-istilah-lighad-jangan-perlekeh-al-quran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/akmal-kecam-sindiran-eric-see-to-terhadap-istilah-lighad-jangan-perlekeh-al-quran\/","title":{"rendered":"Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah \u2018lighad\u2019, jangan perlekeh al-Quran"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak pempengaruh media sosial, Eric See-To memohon maaf secara terbuka susulan tindakannya mempersenda penggunaan perkataan \u2018lighad\u2019 yang dikaitkan dengan ayat al-Quran.<\/p>\n<p>Akmal menyifatkan tindakan memperlekehkan ayat suci al-Quran sebagai keterlaluan dan tidak sepatutnya dijadikan bahan sindiran politik.<\/p>\n<p>\u201cKamu nak berpolitik, itu kamu punya pasal. Tetapi bila ayat al-Quran dipelekehkan sebegini rupa, maka ia adalah tindakan yang melampau.<\/p>\n<p>\u201cKami desak untuk kamu mohon maaf secara terbuka dan laporan polis juga akan dibuat atas tindakan bodoh kamu ini,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus selepas Eric, yang dikenali sebagai penyokong politik bekas Perdana Menteri, Najib Razak, mempersoalkan penggunaan perkataan \u2018lighad\u2019 dalam satu hantaran media sosial yang turut memaparkan Surah al-Hashr, ayat 18.<\/p>\n<p>Eric juga pernah dikaitkan dengan jentera komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) dan dikenali sebagai individu di sebalik akaun media sosial Lim Sian See, yang kerap mengulas perkembangan politik negara.<\/p>\n<p>Dalam hantaran yang mencetuskan kontroversi itu, Eric menulis: \u201cYang saya tengok ialah ada \u2018Lighad\u2019 yang saya langsung tak tahu apa itu. Tapi tak ada \u2018Liwat\u2019 pula.\u201d<\/p>\n<p>Isu berkenaan timbul selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggunakan beberapa istilah Arab yang jarang didengar ketika membentangkan Belanjawan 2027 pada Jumaat.<\/p>\n<p>Antara istilah yang disebut ialah \u2018waad\u2019 dan \u2018lighad\u2019. Dalam bahasa Arab, \u2018waad\u2019 bermaksud janji, manakala \u2018lighad\u2019 merujuk kepada hari esok.<\/p>\n<p>Surah al-Hashr, ayat 18 mengandungi peringatan kepada orang beriman supaya bertakwa kepada Allah dan meneliti persediaan untuk hari esok.<\/p>\n<p>Akmal turut memaklumkan laporan polis akan dibuat berhubung tindakan Eric itu.<\/p>\n<p>Kontroversi berkenaan sekali lagi mencetuskan perdebatan mengenai batas sindiran politik dan penghormatan terhadap perkara berkaitan agama, khususnya apabila ayat al-Quran menjadi sebahagian daripada perbahasan di media sosial.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak pempengaruh media sosial, Eric See-To memohon maaf secara terbuka susulan tindakannya mempersenda penggunaan perkataan \u2018lighad\u2019 yang dikaitkan dengan ayat al-Quran. Akmal menyifatkan tindakan memperlekehkan ayat suci al-Quran sebagai keterlaluan dan tidak sepatutnya dijadikan bahan sindiran politik. \u201cKamu nak berpolitik, itu kamu punya pasal. Tetapi bila ayat al-Quran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1298,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3297,170,3031,5226,5227,121,1255,18],"authors":[],"class_list":["post-16489","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-al-quran","tag-anwar-ibrahim","tag-dr-muhamad-akmal-saleh","tag-eric-see-to","tag-lighad","tag-najib","tag-pemuda-umno","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16489","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16489"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16489\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16490,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16489\/revisions\/16490"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16489"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16489"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16489"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16489"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}