{"id":16494,"date":"2026-10-10T08:50:52","date_gmt":"2026-10-10T08:50:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16494"},"modified":"2026-10-10T08:50:52","modified_gmt":"2026-10-10T08:50:52","slug":"kerajaan-tubuh-tabung-pos-rm150-juta-beroperasi-awal-2027-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-tubuh-tabung-pos-rm150-juta-beroperasi-awal-2027-fahmi\/","title":{"rendered":"Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan bersetuju menubuhkan Tabung Pos dengan dana permulaan RM150 juta yang dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2027 bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan pos, terutama di kawasan luar bandar, pedalaman dan pulau.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, tabung berkenaan akan diuruskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memastikan perkhidmatan di bawah Obligasi Perkhidmatan Sejagat (USO), khususnya penghantaran surat ke kawasan yang mempunyai tahap kesalinghubungan rendah, dapat diteruskan dengan lancar.<\/p>\n<p>Menurutnya, penubuhan tabung itu menggunakan prinsip sama seperti Tabung Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dalam sektor telekomunikasi, dengan peruntukan berkaitan sudah termaktub dalam Akta Perkhidmatan Pos sejak 2012.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun tabung ini sudah lama ada dalam akta, namun tidak pernah ada kerajaan sebelum ini yang berusaha untuk mewujudkannya, kecuali Kerajaan MADANI,\u201d katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Pos Sedunia, hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, kerajaan turut meneliti kemungkinan memperluas skop penggunaan tabung berkenaan supaya tidak hanya tertumpu kepada perkhidmatan pos, tetapi turut merangkumi penghantaran barangan ke kawasan terpencil yang jauh dari bandar.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, Kementerian Komunikasi bersama MCMC akan meneliti langkah bagi memastikan industri pos dan kurier negara yang telah beroperasi lebih 200 tahun terus kekal relevan dalam menghadapi perkembangan teknologi, ekonomi digital serta e-dagang.<\/p>\n<p>Beliau berkata, penyesuaian dasar, perundangan dan operasi perlu dilaksanakan bagi memastikan industri itu terus berdaya saing, selain menjamin kebajikan pekerja melalui pembayaran gaji dan pampasan pekerjaan yang sewajarnya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, MCMC telah memulakan sesi libat urus dengan penyedia platform e-dagang sebelum diperluas kepada syarikat kurier utama serta agensi kawal selia dan penguatkuasaan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kebangsaan.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, penyelarasan antara pihak terbabit penting bagi membolehkan aduan pengguna berkaitan perkhidmatan e-dagang dan penghantaran barangan ditangani dengan lebih berkesan.<\/p>\n<p>Semalam, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 mengumumkan Rang Undang-Undang (RUU) E-Dagang akan dibentangkan pada mesyuarat Parlimen akan datang.<\/p>\n<p>RUU itu bertujuan memperkukuh akauntabiliti platform dan penjual dalam talian, selain melindungi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan daripada persaingan tidak adil.<\/p>\n<p>Sementara itu, Fahmi berkata, Pos Malaysia, MCMC dan Kementerian Komunikasi akan bekerjasama menghasilkan setem khas sempena ulang tahun ke-70 kemerdekaan negara pada 2027.<\/p>\n<p>Terdahulu, Pos Malaysia meraikan Hari Pos Sedunia dengan melancarkan setem khas serta memperkenalkan kenderaan tiga roda elektrik pertama di Malaysia untuk penghantaran jarak akhir, yang dijangka meningkatkan kapasiti muatan dan tahap keselamatan operasi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan bersetuju menubuhkan Tabung Pos dengan dana permulaan RM150 juta yang dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2027 bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan pos, terutama di kawasan luar bandar, pedalaman dan pulau. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, tabung berkenaan akan diuruskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memastikan perkhidmatan di bawah Obligasi Perkhidmatan Sejagat (USO), [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15278,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1359,112,287,16,5229,5228,5230],"authors":[],"class_list":["post-16494","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-belanjawan","tag-fahmi","tag-kewangan","tag-mcmc","tag-tabung-pemberian-perkhidmatan-sejagat","tag-tabung-pos","tag-usp"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16494","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16494"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16494\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16495,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16494\/revisions\/16495"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15278"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16494"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16494"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16494"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16494"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}