{"id":16509,"date":"2026-10-10T12:35:59","date_gmt":"2026-10-10T12:35:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16509"},"modified":"2026-10-10T12:35:59","modified_gmt":"2026-10-10T12:35:59","slug":"zahid-tak-akan-benar-usul-gugat-mb-negeri-sembilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zahid-tak-akan-benar-usul-gugat-mb-negeri-sembilan\/","title":{"rendered":"Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan"},"content":{"rendered":"<p>Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi akan memastikan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim tidak diteruskan sekiranya langkah itu benar-benar sedang dipertimbangkan.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid berkata setakat ini belum menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan UMNO Negeri Sembilan merancang membawa usul berkenaan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak mendengar perkara itu akan dilakukan. Jika benar pun, saya akan menentukan supaya ia tidak berlaku,\u201d katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara Permata Al-Quran Kali Ke-10 di German-Malaysia Institute (GMI), hari ini.<\/p>\n<p>Kenyataan itu hadir susulan laporan media yang mendakwa UMNO Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan langkah mencabar kedudukan Ismail sebagai Menteri Besar.<\/p>\n<p>Laporan Free Malaysia Today (FMT), yang memetik sumber tidak dinamakan, menyebut usul berkenaan mungkin dikemukakan oleh Ketua UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, namun pelaksanaannya tertakluk kepada keputusan kepimpinan pusat UMNO.<\/p>\n<p>Laporan itu turut menyebut kemungkinan rombakan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sekiranya langkah berkenaan diteruskan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Jalaluddin menafikan dakwaan itu dan menegaskan tiada sebarang perbincangan mengenai usul undi tidak percaya pernah diadakan.<\/p>\n<p>Beliau turut menyatakan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan ketika ini berjalan lancar tanpa sebarang krisis kepimpinan.<\/p>\n<p>Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 2 Ogos lalu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 18 kerusi, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 11 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi tujuh kerusi.<\/p>\n<p>Keputusan pilihan raya itu meletakkan BN sebagai parti dengan jumlah kerusi DUN terbanyak, diikuti PH dan PN.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi akan memastikan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim tidak diteruskan sekiranya langkah itu benar-benar sedang dipertimbangkan. Ahmad Zahid berkata setakat ini belum menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan UMNO Negeri Sembilan merancang membawa usul berkenaan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang. \u201cSaya tidak mendengar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":337,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,378,2580,4644,408,1154,103,146],"authors":[],"class_list":["post-16509","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-exco","tag-ismail-lasim","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16509","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16509"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16509\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16510,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16509\/revisions\/16510"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16509"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16509"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16509"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16509"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}