{"id":1651,"date":"2025-07-21T04:06:07","date_gmt":"2025-07-21T04:06:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1651"},"modified":"2025-07-21T04:06:07","modified_gmt":"2025-07-21T04:06:07","slug":"dakwaan-nama-ketua-hakim-negara-ditukar-saat-akhir-adalah-fitnah-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dakwaan-nama-ketua-hakim-negara-ditukar-saat-akhir-adalah-fitnah-pmx\/","title":{"rendered":"Dakwaan nama Ketua Hakim Negara ditukar saat akhir adalah fitnah: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Tiada nama yang ditukar pada saat akhir melibatkan pelantikan Ketua Hakim Negara baharu seperti didakwa pihak tertentu, kata Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata nama Ketua Hakim Negara yang diumumkan baru-baru ini sudah dikemukakan dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong lebih awal dan pihak tertentu sengaja membuat fitnah untuk mempolitikkan isu badan kehakiman negara.<\/p>\n<p>&#8220;Sistem (kehakiman) itu dikatakan sudah dirosakkan, ada yang sengaja mahu mempolitikkan isu (ini).<\/p>\n<p>&#8220;Seminggu kita (kerajaan) dihentam kononnya Perdana Menteri tidak menjawab. Mana mungkin saya boleh jawab ketika itu kerana proses (pelantikan hakim) masih berjalan.<\/p>\n<p>&#8220;Cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara perlu melalui peruntukan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan saranan daripada Perdana Menteri untuk diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, selepas dirunding bersama Majlis Raja-Raja,&#8221; katanya semasa Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Anwar menambah, beliau tidak mahu memberi kenyataan sejak awal kerana tidak boleh mendahului proses tersebut memandangkan perbincangan Majlis Raja-Raja berlangsung pada 15 dan 16 Julai lalu.<\/p>\n<p>Namun katanya, sistem kehakiman digambarkan telah dirosakkan dan beliau dihentam kononnya perdana menteri tidak mahu menjawab dan memberi penjelasan.<\/p>\n<p>\u201cSemuanya ikut proses. Tiada siapa boleh mendahului perkenan Tuanku dan rundingan Majlis Raja-Raja,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan, Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 dan hakim atasan lain telah memadamkan polemik, keluh kesah, fitnah dan tohmahan yang dihadapi kerajaan minggu lalu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tiada nama yang ditukar pada saat akhir melibatkan pelantikan Ketua Hakim Negara baharu seperti didakwa pihak tertentu, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata nama Ketua Hakim Negara yang diumumkan baru-baru ini sudah dikemukakan dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong lebih awal dan pihak tertentu sengaja membuat fitnah untuk mempolitikkan isu badan kehakiman negara. &#8220;Sistem (kehakiman) itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,734,966,58,967,18,936],"authors":[],"class_list":["post-1651","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-hakim","tag-ketua","tag-mahkamah","tag-pelantikan","tag-pmx","tag-wan-ahmad-farid-wan-salleh"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1651","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1651"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1651\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1652,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1651\/revisions\/1652"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1651"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1651"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1651"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1651"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}