{"id":16530,"date":"2026-10-11T04:10:51","date_gmt":"2026-10-11T04:10:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16530"},"modified":"2026-10-11T04:10:51","modified_gmt":"2026-10-11T04:10:51","slug":"lebih-400000-peminjam-ptptn-boleh-tangguh-bayaran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lebih-400000-peminjam-ptptn-boleh-tangguh-bayaran\/","title":{"rendered":"Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran"},"content":{"rendered":"<p>Lebih 400,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan bulanan bawah RM2,500 bakal menikmati penangguhan bayaran balik pinjaman menerusi inisiatif Belanjawan 2027.<\/p>\n<p>Pengerusi PTPTN, Norliza Abdul Rahim, berkata kerajaan turut menetapkan bayaran balik minimum RM50 sebulan bagi peminjam berpendapatan antara RM2,501 hingga RM3,000.<\/p>\n<p>Beliau berkata, empat inisiatif diperkenalkan menerusi Belanjawan 2027 bagi meringankan beban peminjam, di samping memastikan kelestarian dana pembiayaan pendidikan tinggi negara.<\/p>\n<p>Menurutnya, kerajaan turut memberikan diskaun 10 peratus kepada peminjam aktif yang tidak mempunyai tunggakan serta membuat bayaran balik secara konsisten dan teratur.<\/p>\n<p>\u201cSebagai pengiktirafan kepada peminjam yang berdisiplin dalam melaksanakan tanggungjawab pembayaran balik, diskaun 10 peratus diberikan kepada peminjam aktif yang tidak mempunyai tunggakan serta membuat bayaran secara konsisten dan teratur,\u201d katanya dalam kenyataan pada Ahad.<\/p>\n<p>Selain membantu peminjam berpendapatan rendah, kerajaan turut memperkenalkan insentif kepada majikan yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja mereka.<\/p>\n<p>Potongan cukai disediakan kepada majikan terbabit bagi bayaran yang dibuat mulai Januari 2027 hingga Disember 2028.<\/p>\n<p>Norliza berkata, langkah itu dijangka menggalakkan lebih banyak majikan membantu mengurangkan beban hutang pekerja, sekali gus meningkatkan kebajikan mereka.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pelaksanaan penangguhan bayaran dan bayaran balik minimum itu tertakluk kepada pengesahan maklumat pendapatan peminjam menerusi semakan silang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).<\/p>\n<p>\u201cPTPTN akan terus komited melaksanakan hasrat kerajaan menerusi Belanjawan 2027 bagi memperluas akses pendidikan yang lebih inklusif, meningkatkan kesejahteraan peminjam dan memastikan kelestarian dana pembiayaan pendidikan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Perincian lanjut mengenai syarat kelayakan dan kaedah pelaksanaan inisiatif berkenaan akan diumumkan PTPTN dalam masa terdekat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lebih 400,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan bulanan bawah RM2,500 bakal menikmati penangguhan bayaran balik pinjaman menerusi inisiatif Belanjawan 2027. Pengerusi PTPTN, Norliza Abdul Rahim, berkata kerajaan turut menetapkan bayaran balik minimum RM50 sebulan bagi peminjam berpendapatan antara RM2,501 hingga RM3,000. Beliau berkata, empat inisiatif diperkenalkan menerusi Belanjawan 2027 bagi meringankan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4111,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[774,1651,773,765,2025,1111],"authors":[],"class_list":["post-16530","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ipt","tag-kpt","tag-pelajar","tag-pinjaman","tag-ptptn","tag-tangguh"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16530","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16530"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16530\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16531,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16530\/revisions\/16531"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4111"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16530"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16530"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16530"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16530"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}