{"id":16547,"date":"2026-10-12T03:42:28","date_gmt":"2026-10-12T03:42:28","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16547"},"modified":"2026-10-12T03:42:28","modified_gmt":"2026-10-12T03:42:28","slug":"belanjawan-2027-bantuan-rm80-bilion-lindungi-kuasa-beli-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/belanjawan-2027-bantuan-rm80-bilion-lindungi-kuasa-beli-rakyat\/","title":{"rendered":"Belanjawan 2027: Bantuan RM80 bilion lindungi kuasa beli rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Peruntukan subsidi, bantuan dan insentif melebihi RM80 bilion menerusi Belanjawan 2027 dijangka membantu memelihara kuasa beli rakyat ketika berdepan tekanan kos sara hidup serta risiko kenaikan inflasi.<\/p>\n<p>Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata langkah itu penting bagi mengurangkan kesan kenaikan harga barangan dan bahan api yang dijangka terus memberi tekanan kepada perbelanjaan isi rumah.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kadar inflasi pada 2027 yang diunjurkan antara 1.8 hingga 2.8 peratus perlu ditangani dengan langkah bersesuaian, terutama susulan ketidaktentuan konflik di Asia Barat yang boleh menyebabkan harga bahan api kekal tinggi.<\/p>\n<p>\u201cPeningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM16 bilion akan membantu menyuntik pendapatan tambahan sekali gus meningkatkan kuasa beli rakyat, terutama golongan berpendapatan menengah dan rendah,\u201d katanya kepada Bernama.<\/p>\n<p>Dalam Belanjawan 2027 yang dibentangkan Jumaat lalu, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mengumumkan penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun.<\/p>\n<p>Rakyat berusia 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR pula akan menerima SARA MADANI sebanyak RM100 sebanyak dua kali.<\/p>\n<p>Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mustazar Mansur, berkata peruntukan RM40 bilion bagi subsidi bahan api serta hampir RM3.3 bilion untuk bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mampu membantu mengurangkan beban kewangan rakyat.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mengingatkan bantuan tunai dan subsidi tidak boleh menjadi penyelesaian jangka panjang tanpa usaha meningkatkan kemahiran, produktiviti dan pendapatan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cDalam jangka panjang, diharapkan mereka menerima suntikan dari segi pendidikan, latihan dan peningkatan produktiviti supaya dapat keluar daripada golongan penerima bantuan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, peningkatan gaji serta persekitaran ekonomi dan perniagaan yang lebih baik penting bagi membolehkan rakyat berdikari dan mengurangkan kebergantungan terhadap bantuan kerajaan.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr Saravanan Thambirajah, pula berkata Belanjawan 2027 memberi perhatian terhadap isu kos sara hidup, peningkatan pendapatan serta penambahbaikan perkhidmatan asas termasuk kesihatan, pendidikan dan pengangkutan awam.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, katanya, tekanan kewangan bukan hanya dirasai golongan B40, malah turut membebankan isi rumah M40 yang perlu menanggung ansuran rumah dan kenderaan, perbelanjaan persekolahan, penjagaan anak, insurans perubatan serta kos menjaga ibu bapa yang semakin berusia.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pendapatan bulanan yang kelihatan tinggi tidak semestinya mencerminkan kemampuan sebenar sesebuah keluarga kerana sebahagian besar wang mungkin digunakan untuk membayar komitmen tetap.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, kemampuan isi rumah perlu dinilai berdasarkan pendapatan boleh guna dan komitmen sebenar, bukan jumlah pendapatan semata-mata,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Justeru, keberkesanan Belanjawan 2027 bukan sahaja bergantung pada jumlah bantuan yang disediakan, malah turut ditentukan oleh kemampuan kerajaan memperkukuh pendapatan rakyat dan memastikan kos keperluan asas kekal terkawal. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Peruntukan subsidi, bantuan dan insentif melebihi RM80 bilion menerusi Belanjawan 2027 dijangka membantu memelihara kuasa beli rakyat ketika berdepan tekanan kos sara hidup serta risiko kenaikan inflasi. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata langkah itu penting bagi mengurangkan kesan kenaikan harga barangan dan bahan api yang dijangka terus memberi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1759,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,944,1359,68,285,1090,18,296],"authors":[],"class_list":["post-16547","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-bantuan","tag-belanjawan","tag-ekonomi","tag-madani","tag-pendapatan","tag-pmx","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16547","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16547"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16547\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16548,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16547\/revisions\/16548"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1759"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16547"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16547"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16547"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16547"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}