{"id":16578,"date":"2026-10-12T10:47:25","date_gmt":"2026-10-12T10:47:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16578"},"modified":"2026-10-12T10:47:25","modified_gmt":"2026-10-12T10:47:25","slug":"kwsp-perkenal-potongan-zakat-dividen-simpanan-syariah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kwsp-perkenal-potongan-zakat-dividen-simpanan-syariah\/","title":{"rendered":"KWSP perkenal potongan zakat dividen Simpanan Syariah"},"content":{"rendered":"<p>Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan kemudahan Zakat Perniagaan Simpanan Syariah bagi memudahkan ahli beragama Islam menunaikan kewajipan zakat tahunan menerusi potongan terus daripada dividen simpanan persaraan mereka.<\/p>\n<p>Menerusi kemudahan itu, KWSP akan menguruskan pengiraan dan pembayaran zakat selepas dividen tahunan Simpanan Syariah diisytiharkan, sebelum menyalurkannya kepada pihak berkuasa zakat negeri berkaitan.<\/p>\n<p>KWSP dalam kenyataan memaklumkan, kemudahan itu bersifat pilihan dan hanya terbuka kepada ahli beragama Islam yang mempunyai Simpanan Syariah serta bersetuju menggunakannya.<\/p>\n<p>Ahli yang tidak memilih kemudahan berkenaan masih boleh menunaikan zakat secara individu, manakala ahli bukan Islam tidak tertakluk kepada kewajipan tersebut.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, inisiatif itu merupakan penambahbaikan kepada penawaran Simpanan Syariah bagi membantu ahli menguruskan kewajipan agama dengan lebih mudah.<\/p>\n<p>\u201cBagi ahli yang memilih kemudahan ini, KWSP menguruskan proses pengiraan dan pembayaran zakat, sekali gus memudahkan urusan menunaikan kewajipan zakat tahunan.<\/p>\n<p>\u201cIni membolehkan ahli menumpukan perhatian kepada usaha membina simpanan persaraan mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut KWSP, kemudahan itu diperkenalkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-125 yang menetapkan Simpanan Syariah tertakluk kepada zakat tahunan kerana memenuhi ciri pemilikan sempurna.<\/p>\n<p>Muzakarah itu turut memutuskan zakat berkenaan dikategorikan sebagai zakat perniagaan dan pembayaran boleh diuruskan KWSP bagi pihak ahli menerusi akad wakalah.<\/p>\n<p>Pengiraan zakat dilakukan secara kolektif atau khultah pada setiap 31 Disember menggunakan kaedah modal kerja terlaras bagi menentukan asas pengiraan.<\/p>\n<p>Kadar zakat ditetapkan sebanyak 2.577 peratus, manakala jumlah tanggungan setiap ahli dikira secara pro-rata berdasarkan agihan dividen tahunan Simpanan Syariah masing-masing.<\/p>\n<p>KWSP turut menjelaskan simpanan yang telah layak dikeluarkan, termasuk simpanan dalam Akaun Fleksibel, tidak memerlukan pembayaran zakat berasingan di bawah kemudahan berkenaan.<\/p>\n<p>Ahli Simpanan Syariah beragama Islam yang berminat boleh membuat pilihan menerusi KWSP i-Akaun (Ahli), terminal layan diri (SST) atau di mana-mana pejabat KWSP di seluruh negara.<\/p>\n<p>Kemudahan itu dijangka memberi pilihan kepada ahli untuk menguruskan zakat simpanan persaraan secara lebih teratur, di samping memperkukuh penawaran KWSP yang mematuhi prinsip dan tadbir urus Syariah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan kemudahan Zakat Perniagaan Simpanan Syariah bagi memudahkan ahli beragama Islam menunaikan kewajipan zakat tahunan menerusi potongan terus daripada dividen simpanan persaraan mereka. Menerusi kemudahan itu, KWSP akan menguruskan pengiraan dan pembayaran zakat selepas dividen tahunan Simpanan Syariah diisytiharkan, sebelum menyalurkannya kepada pihak berkuasa zakat negeri berkaitan. KWSP dalam kenyataan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1917,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3330,488,5126,5247],"authors":[],"class_list":["post-16578","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dividen","tag-kwsp","tag-syariah","tag-zakar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16578","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16578"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16578\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16579,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16578\/revisions\/16579"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1917"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16578"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16578"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16578"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16578"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}