{"id":16586,"date":"2026-10-12T14:17:22","date_gmt":"2026-10-12T14:17:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16586"},"modified":"2026-10-12T14:17:22","modified_gmt":"2026-10-12T14:17:22","slug":"belanjawan-m40-nikmati-pelepasan-cukai-lebih-tinggi-tahun-depan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/belanjawan-m40-nikmati-pelepasan-cukai-lebih-tinggi-tahun-depan\/","title":{"rendered":"Belanjawan: M40 nikmati pelepasan cukai lebih tinggi tahun depan"},"content":{"rendered":"<p>Golongan berpendapatan sederhana (M40) bakal menikmati manfaat lebih besar menerusi Belanjawan 2027 apabila kerajaan menaikkan had pelepasan cukai individu kepada RM12,000 serta menyediakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MADANI berjumlah RM200 tahun depan.<\/p>\n<p>Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican berkata, pendekatan kerajaan bukan hanya tertumpu kepada bantuan tunai untuk golongan berpendapatan rendah, sebaliknya turut mengambil kira keperluan isi rumah berpendapatan sederhana dan pembayar cukai.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kenaikan had pelepasan cukai daripada RM9,000 kepada RM12,000 itu merupakan pelarasan pertama selepas lebih sedekad, sekali gus memberi ruang kepada pembayar cukai yang layak mengurangkan pendapatan bercukai mereka.<\/p>\n<p>\u201cLangkah itu memberi ruang kepada pembayar cukai yang layak untuk mengurangkan pendapatan bercukai, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan boleh guna mereka,\u201d katanya ketika menyampaikan taklimat dalam talian anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.<\/p>\n<p>Skop pelepasan cukai turut diperluas meliputi perbelanjaan penjagaan selepas bersalin, kelas atau tuisyen anak dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), seni, bahasa serta agama, tertakluk kepada had dan syarat ditetapkan.<\/p>\n<p>Bagi perbelanjaan sukan, pelepasan cukai turut merangkumi pembelian kasut sukan sehingga RM300.<\/p>\n<p>Kerajaan juga memperluas pelepasan cukai gaya hidup kepada langganan perisian kecerdasan buatan (AI), pengambilan haiwan peliharaan daripada pusat berdaftar serta perkhidmatan veterinar berdaftar bagi vaksinasi dan pemandulan haiwan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, seramai 13 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang bukan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), termasuk golongan M40, bakal menerima SARA MADANI sebanyak RM100 sebanyak dua kali pada 2027.<\/p>\n<p>Bayaran itu dijadualkan sebelum Aidilfitri dan menjelang Hari Kebangsaan bagi membantu rakyat menampung sebahagian perbelanjaan keperluan harian.<\/p>\n<p>\u201cBantuan itu bertujuan membantu rakyat menampung sebahagian perbelanjaan keperluan harian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kerajaan turut meneruskan bantuan SARA bulanan kepada penerima STR mengikut kategori kelayakan masing-masing.<\/p>\n<p>Dalam usaha membantu rakyat memiliki kediaman sendiri, pembeli rumah pertama pula layak mendapat pengecualian duti setem 100 peratus bagi hartanah berharga sehingga RM500,000.<\/p>\n<p>Bagi hartanah berharga melebihi RM500,000 hingga RM750,000, pengecualian sebanyak 50 peratus diberikan terhadap duti setem yang dikenakan ke atas baki nilai hartanah selepas RM500,000, tertakluk kepada syarat ditetapkan.<\/p>\n<p>Menurut Johan, gabungan bantuan langsung, pelepasan cukai dan insentif pemilikan rumah itu mencerminkan usaha kerajaan menangani tekanan kos sara hidup, termasuk dalam kalangan mereka yang tidak menerima bantuan tunai bersasar.<\/p>\n<p>Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim pada 9 Oktober lalu menyediakan peruntukan kerajaan sebanyak RM459.8 bilion.<\/p>\n<p>Dengan tambahan pelaburan daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, sektor awam-swasta, badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan), keseluruhan Belanjawan 2027 mencecah RM510 bilion.<\/p>\n<p>Belanjawan bertemakan \u201cMenggapai di Langit, Mengakar di Bumi\u201d itu memberi tumpuan kepada usaha menterjemahkan pertumbuhan ekonomi kepada manfaat nyata melalui peningkatan pendapatan, bantuan bersasar dan pengukuhan ekonomi negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Golongan berpendapatan sederhana (M40) bakal menikmati manfaat lebih besar menerusi Belanjawan 2027 apabila kerajaan menaikkan had pelepasan cukai individu kepada RM12,000 serta menyediakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MADANI berjumlah RM200 tahun depan. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican berkata, pendekatan kerajaan bukan hanya tertumpu kepada bantuan tunai untuk golongan berpendapatan rendah, sebaliknya turut mengambil [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16587,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1359,483,597,5251,5249,5250],"authors":[],"class_list":["post-16586","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-belanjawan","tag-cukai","tag-johan-mahmood-merican","tag-ketua-setiausaha-perbendaharaan","tag-m40","tag-pelepasan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16586","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16586"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16586\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16588,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16586\/revisions\/16588"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16587"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16586"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16586"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16586"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16586"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}