{"id":16609,"date":"2026-10-13T05:33:27","date_gmt":"2026-10-13T05:33:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16609"},"modified":"2026-10-13T05:33:27","modified_gmt":"2026-10-13T05:33:27","slug":"saifuddin-sistem-pendaftaran-unhcr-cetus-masalah-pengurusan-pelarian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/saifuddin-sistem-pendaftaran-unhcr-cetus-masalah-pengurusan-pelarian\/","title":{"rendered":"Saifuddin: Sistem pendaftaran UNHCR cetus masalah pengurusan pelarian"},"content":{"rendered":"<p>Proses pendaftaran pelarian secara dalam talian oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menjadi antara punca utama kesukaran Malaysia menguruskan kehadiran pelarian di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.<\/p>\n<p>Beliau berkata, sistem berkenaan membolehkan individu memohon status pelarian ketika masih berada di luar negara sebelum memasuki Malaysia sementara menunggu keputusan permohonan mereka.<\/p>\n<p>Menurutnya, keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa Malaysia berdepan cabaran menguruskan individu yang sudah berada di dalam negara, sedangkan proses penentuan status mereka dikendalikan UNHCR.<\/p>\n<p>\u201cYang kita bercakap ini adalah hiliran. Yang huluan itu menjadi punca masalah,\u201d katanya ketika menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n<p>Saifuddin berkata, pemohon boleh datang dari negara seperti Yemen, Syria dan Afghanistan sebelum memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan, kemudian menunggu perkembangan permohonan masing-masing.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, isu berkenaan turut dibangkitkan bersama Menteri Luar Negeri, Mohamad Hasan, melalui perbincangan Kabinet dan Majlis Keselamatan Negara.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mengenai kemungkinan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) yang diperkenalkan kerajaan menjadi faktor penarik kepada kemasukan lebih ramai pelarian ke Malaysia.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap pelarian, susulan penularan video di media sosial yang memaparkan individu menahan dan menyoal anggota komuniti Rohingya serta meminta mereka menunjukkan kad UNHCR.<\/p>\n<p>Beliau berkata, sebarang aduan mengenai tingkah laku yang menimbulkan keresahan penduduk setempat perlu disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan mengikut undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cJalan yang paling baik bagi mengekalkan tertib dalam sebuah negara adalah menyerahkan kepada pihak berautoriti untuk menjalankan tugas mereka.<\/p>\n<p>\u201cMaknanya, elak daripada mengambil tindakan bersendirian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Saifuddin turut menjelaskan dakwaan di media sosial mengenai pelarian yang memasuki Malaysia menggunakan pasport sebelum memohon dokumen UNHCR masih perlu disahkan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, sekiranya terdapat maklumat mengenai pelanggaran undang-undang, pihak berkuasa perlu dimaklumkan supaya siasatan dan tindakan sewajarnya dapat dilakukan.<\/p>\n<p>Sementara itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan Malaysia mengembalikan pendekatan penempatan pelarian di kem khusus seperti yang pernah dilaksanakan terhadap pelarian Vietnam, Saifuddin berkata situasi ketika ini lebih rumit kerana melibatkan individu dari pelbagai negara.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, penyelesaian isu pelarian Vietnam pada masa lalu mempunyai konteks berbeza, termasuk persetujuan penghantaran pulang yang menjadi sebahagian daripada proses penyelesaian ketika itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Proses pendaftaran pelarian secara dalam talian oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menjadi antara punca utama kesukaran Malaysia menguruskan kehadiran pelarian di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata, sistem berkenaan membolehkan individu memohon status pelarian ketika masih berada di luar negara sebelum memasuki Malaysia sementara menunggu keputusan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12917,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[160,22,4252,5257,20,216,4253],"authors":[],"class_list":["post-16609","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-imigresen","tag-kdn","tag-pelarian","tag-pendaftaran","tag-saifuddin-nasution-ismail","tag-sistem","tag-unchr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16609","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16609"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16609\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16610,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16609\/revisions\/16610"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12917"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16609"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16609"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16609"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16609"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}