{"id":16620,"date":"2026-10-13T09:56:12","date_gmt":"2026-10-13T09:56:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16620"},"modified":"2026-10-13T09:56:12","modified_gmt":"2026-10-13T09:56:12","slug":"lelaki-islam-ibu-ditahan-jais-berhubung-ritual-agama-lain","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lelaki-islam-ibu-ditahan-jais-berhubung-ritual-agama-lain\/","title":{"rendered":"Lelaki Islam, ibu ditahan JAIS berhubung ritual agama lain"},"content":{"rendered":"<p>Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan seorang lelaki beragama Islam berusia 21 tahun bersama ibunya yang berusia 52 tahun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan ritual agama lain.<\/p>\n<p>Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, berkata kedua-dua individu itu ditahan di Kuala Lumpur tengah hari tadi menerusi waran tangkap bersaling yang dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.<\/p>\n<p>Penahanan dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebelum kedua-duanya diserahkan untuk tindakan lanjut.<\/p>\n<p>\u201c Kedua-dua Orang Yang Disyaki (OYDS) kini sedang disiasat oleh JAIS mengikut Seksyen 4 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, hasil risikan selepas kes itu tular, JAIS turut dijangka memanggil sekurang-kurangnya 14 individu lain bagi membantu siasatan.<\/p>\n<p>Mohd Shahzihan menegaskan JAIS memandang serius perkara itu dan akan memastikan setiap tindakan dilaksanakan berdasarkan bidang kuasa, undang-undang serta fakta kes.<\/p>\n<p>Sebelum ini, JAIS memaklumkan pihaknya sedang menyiasat seorang individu yang disyaki melakukan perbuatan bertentangan dengan hukum syarak apabila didakwa menyertai ritual agama lain ketika sambutan Thaipusam di Batu Caves, Selangor.<\/p>\n<p>Kes berkenaan mencetuskan perhatian selepas rakaman berkaitan perbuatan yang didakwa itu tersebar di media sosial.<\/p>\n<p>Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Pihak berkuasa agama kini meneruskan siasatan bagi menentukan fakta sebenar serta mengenal pasti individu lain yang dipercayai mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan seorang lelaki beragama Islam berusia 21 tahun bersama ibunya yang berusia 52 tahun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan ritual agama lain. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, berkata kedua-dua individu itu ditahan di Kuala Lumpur tengah hari tadi menerusi waran tangkap bersaling yang dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Shah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16621,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5262,5261,96,4780,1070,550,1918],"authors":[],"class_list":["post-16620","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agama-hindu","tag-jais","tag-selangor","tag-sesat","tag-tahan","tag-tangkap","tag-waran"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16620","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16620"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16620\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16622,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16620\/revisions\/16622"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16621"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16620"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16620"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16620"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16620"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}