{"id":16627,"date":"2026-10-13T23:50:48","date_gmt":"2026-10-13T23:50:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16627"},"modified":"2026-10-13T23:50:48","modified_gmt":"2026-10-13T23:50:48","slug":"anwar-kecam-dunia-gagal-bela-palestin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-kecam-dunia-gagal-bela-palestin\/","title":{"rendered":"Anwar kecam dunia gagal bela Palestin"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengecam kegagalan masyarakat antarabangsa dalam menangani penderitaan rakyat Palestin, sambil menyifatkan sikap dunia terhadap isu itu sebagai hipokrit dan bercanggah dengan prinsip demokrasi serta hak asasi manusia yang sering dilaungkan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, tindak balas masyarakat antarabangsa terhadap penderitaan rakyat Palestin mendedahkan percanggahan ketara dalam komitmen mereka untuk menentang penjajahan, imperialisme dan pencabulan hak asasi manusia.<\/p>\n<p>\u201cBetapa hipokritnya kegagalan masyarakat antarabangsa. Saya perlu bercakap sebagai Perdana Menteri, saya faham perkara itu. Tetapi saya perlu menyuarakan rasa meluat yang teramat sangat terhadap kegagalan tatanan antarabangsa,\u201d katanya pada Majlis Makan Malam Sumud Nusantara sempena Kongres Sumud Sedunia 2026, malam tadi.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Penaung Sumud Nusantara turut mempersoalkan makna sebenar demokrasi dan hak asasi manusia apabila penderitaan rakyat Palestin terus berlarutan tanpa tindakan sewajarnya daripada masyarakat antarabangsa.<\/p>\n<p>\u201cKita bercakap mengenai demokrasi, demokrasi siapa? Kita bercakap mengenai hak asasi manusia, manusia yang mana? Apabila manusia dilayan seperti haiwan dan hamba,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan isu Palestin tidak sepatutnya dilihat berdasarkan latar belakang bangsa atau agama, sebaliknya berlandaskan prinsip kemanusiaan dan hak setiap individu untuk hidup bebas daripada penindasan.<\/p>\n<p>\u201cBagi saya, ia tidak penting. Apa yang penting ialah mereka juga manusia dan kita tidak boleh membiarkan penindasan yang berterusan serta kekejaman ini terus dilakukan ke atas nyawa yang tidak berdosa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar berkata, pengalaman Malaysia yang pernah melalui penjajahan menjadi antara asas negara untuk terus menentang ketidakadilan dan menyokong perjuangan rakyat Palestin.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan komitmen Kerajaan MADANI terhadap Palestin kekal teguh, sambil menggesa rakyat dan masyarakat antarabangsa menyumbang masa, tenaga serta sumber bagi membantu mereka yang terjejas.<\/p>\n<p>\u201cSaya tahu risikonya, masalahnya, tetapi apalah masalah ini berbanding masalah yang dihadapi oleh anak-anak Palestin yang menjerit mengharapkan dunia mendengar, tetapi dunia pekak,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan masyarakat antarabangsa supaya tidak menjadikan kesibukan dengan urusan sendiri sebagai alasan untuk tidak bertindak, sebaliknya mengambil apa juga langkah yang mampu membantu rakyat Palestin.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Anwar merakamkan penghargaan kepada peserta antarabangsa Gerakan Sumud Global yang disifatkannya penting dalam memastikan tuntutan keadilan untuk Palestin terus mendapat perhatian dunia.<\/p>\n<p>Menurutnya, penyertaan mereka mencerminkan keazaman untuk mempertahankan suara kemanusiaan, kebebasan dan keadilan meskipun berdepan pelbagai cabaran.<\/p>\n<p>Gerakan Sumud Global merupakan usaha solidariti antarabangsa yang memberi tumpuan kepada perjuangan rakyat Palestin, termasuk meningkatkan kesedaran mengenai penderitaan mereka dan menggesa tindakan bagi membela hak rakyat yang tertindas.<\/p>\n<p>Turut hadir Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), Sani Araby Abdul Alim Araby; serta Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Nur-ul Afida Kamaludin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengecam kegagalan masyarakat antarabangsa dalam menangani penderitaan rakyat Palestin, sambil menyifatkan sikap dunia terhadap isu itu sebagai hipokrit dan bercanggah dengan prinsip demokrasi serta hak asasi manusia yang sering dilaungkan. Beliau berkata, tindak balas masyarakat antarabangsa terhadap penderitaan rakyat Palestin mendedahkan percanggahan ketara dalam komitmen mereka untuk menentang penjajahan, imperialisme dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16628,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,5264,1903,38,328,18],"authors":[],"class_list":["post-16627","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-bela","tag-global-sumud-flotilla","tag-malaysia","tag-palestine","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16627","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16627"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16627\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16629,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16627\/revisions\/16629"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16628"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16627"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16627"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16627"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16627"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}