{"id":16638,"date":"2026-10-14T07:28:17","date_gmt":"2026-10-14T07:28:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16638"},"modified":"2026-10-14T07:28:17","modified_gmt":"2026-10-14T07:28:17","slug":"akta-perkhidmatan-parlimen-perkukuh-reformasi-institusi-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/akta-perkhidmatan-parlimen-perkukuh-reformasi-institusi-anwar\/","title":{"rendered":"Akta Perkhidmatan Parlimen perkukuh reformasi institusi: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 menjadi antara langkah penting Kerajaan MADANI dalam menunaikan janji reformasi institusi, khususnya memperkukuh kebebasan Parlimen daripada pengaruh eksekutif.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan akta itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk mematangkan sistem Demokrasi Berparlimen menerusi pembaharuan yang mengehadkan kuasa sedia ada kerajaan dan Ketua Majlis terhadap pentadbiran Parlimen.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan akta itu sebagai tonggak penting reformasi negara kerana memberi ruang kepada Parlimen memperkukuh keupayaan pentadbiran dan profesionalisme institusinya sendiri.<\/p>\n<p>\u201cSaya anggap perubahan ini dan Akta Perkhidmatan Parlimen ini penting kerana ia, saya tegaskan, memaknai erti Demokrasi Berparlimen dan kematangan sistem demokrasi,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Peralihan Pentadbiran dan Reformasi Institusi Parlimen Malaysia sempena pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 di Bangunan Parlimen, hari ini.<\/p>\n<p>Anwar turut mengimbas perjalanan panjang usaha memperkukuh kebebasan Parlimen yang bermula sejak pengenalan undang-undang berkaitan pada 1960-an sebelum dimansuhkan pada 1992.<\/p>\n<p>Menurutnya, pengembalian akta itu menandakan kesungguhan kerajaan meneruskan agenda reformasi institusi, namun kejayaannya turut bergantung kepada kepimpinan Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta sokongan Ahli Parlimen.<\/p>\n<p>Beliau berharap kuasa dan kebebasan baharu yang diberikan dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan mutu pentadbiran, kecekapan kakitangan serta profesionalisme institusi Parlimen.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau mahu perubahan itu turut membawa peningkatan terhadap mutu perbahasan dan adab Ahli Parlimen ketika menjalankan tanggungjawab masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cUsaha itu memerlukan kerjasama semua pihak termasuk anggota pentadbiran kerajaan, Ahli Parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang. Kebebasan yang diberikan perlu dilaksanakan dengan memahami batas serta tanggungjawab dalam sistem demokrasi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Dewan Rakyat pagi tadi meluluskan usul pelantikan empat Ahli Parlimen untuk menganggotai Jawatankuasa Pemilih mengikut peruntukan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025. Usul yang dibentangkan Perdana Menteri itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju tanpa perbahasan.<\/p>\n<p>Mereka ialah Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor), Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam), Ronald Kiandee (PN-Beluran) dan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), masing-masing mewakili dua blok kerajaan dan pembangkang.<\/p>\n<p>Pelaksanaan akta itu menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh institusi demokrasi negara, termasuk meningkatkan keupayaan Parlimen menjalankan fungsi perundangan, pengawasan dan perbahasan secara lebih bebas serta profesional.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 menjadi antara langkah penting Kerajaan MADANI dalam menunaikan janji reformasi institusi, khususnya memperkukuh kebebasan Parlimen daripada pengaruh eksekutif. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan akta itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk mematangkan sistem Demokrasi Berparlimen menerusi pembaharuan yang mengehadkan kuasa sedia ada kerajaan dan Ketua Majlis terhadap pentadbiran Parlimen. Beliau menyifatkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1681,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4915,13,285,18,21],"authors":[],"class_list":["post-16638","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akta-perkhidmatan-parlimen","tag-anwar","tag-madani","tag-pmx","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16638","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16638"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16638\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16639,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16638\/revisions\/16639"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1681"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16638"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16638"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16638"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16638"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}