{"id":16640,"date":"2026-10-14T07:30:09","date_gmt":"2026-10-14T07:30:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16640"},"modified":"2026-10-14T07:30:09","modified_gmt":"2026-10-14T07:30:09","slug":"mohamad-hasan-sahkan-rakyat-malaysia-di-riyadh-selamat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mohamad-hasan-sahkan-rakyat-malaysia-di-riyadh-selamat\/","title":{"rendered":"Mohamad Hasan sahkan rakyat Malaysia di Riyadh selamat"},"content":{"rendered":"<p>Rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Riyadh, Arab Saudi, dilaporkan berada dalam keadaan selamat meskipun ketegangan keselamatan di negara itu masih berlarutan.<\/p>\n<p>Menteri Luar Mohamad Hasan berkata, laporan harian daripada Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan konsulat di Jeddah mengesahkan rakyat Malaysia di kedua-dua bandar berkenaan berada dalam keadaan baik.<\/p>\n<p>\u201cLaporan setiap hari saya terima daripada kedutaan kita di Riyadh dan juga di Jeddah, konsul kita di Jeddah, menyatakan keadaan rakyat Malaysia semua okey.<\/p>\n<p>\u201cPekerja-pekerja rakyat Malaysia di situ semua okey,\u201d katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria oleh Kementerian Kerja Raya kepada Kementerian Luar dan tiga lagi premis kerajaan, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pihak kedutaan sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia bagi memantau perkembangan keselamatan serta memastikan kebajikan mereka terpelihara.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, rakyat Malaysia di Arab Saudi dinasihatkan supaya mengelakkan kawasan awam dan lokasi strategik yang berpotensi menjadi sasaran serangan.<\/p>\n<p>Mohamad turut menggesa mereka supaya mengehadkan pergerakan dan, jika boleh, kekal berada di rumah sehingga keadaan kembali stabil.<\/p>\n<p>\u201cSeboleh mungkin mereka duduk di rumah dan kita menggunakan e-Konsular untuk mereka dapat berhubung,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan beberapa rakyat Malaysia di Jeddah terkandas buat sementara waktu susulan pembatalan penerbangan pulang akibat gangguan operasi syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa.<\/p>\n<p>Beliau berkata keadaan keselamatan masih belum reda selepas satu lagi serangan dilaporkan berlaku pada Selasa, dengan kompleks Aramco, syarikat minyak Arab Saudi, dilaporkan menjadi sasaran.<\/p>\n<p>Justeru, rakyat Malaysia yang tidak mempunyai urusan mendesak dinasihatkan menangguhkan atau menjadualkan semula perjalanan ke Arab Saudi sehingga keadaan keselamatan bertambah baik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Riyadh, Arab Saudi, dilaporkan berada dalam keadaan selamat meskipun ketegangan keselamatan di negara itu masih berlarutan. Menteri Luar Mohamad Hasan berkata, laporan harian daripada Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan konsulat di Jeddah mengesahkan rakyat Malaysia di kedua-dua bandar berkenaan berada dalam keadaan baik. \u201cLaporan setiap hari saya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7488,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[970,5018,283,5243,928],"authors":[],"class_list":["post-16640","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-arab-saudi","tag-houthi","tag-mohamad-hasan","tag-riyadh","tag-serangan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16640","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16640"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16640\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16641,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16640\/revisions\/16641"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7488"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16640"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16640"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16640"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16640"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}