{"id":16644,"date":"2026-10-14T07:35:59","date_gmt":"2026-10-14T07:35:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16644"},"modified":"2026-10-14T07:35:59","modified_gmt":"2026-10-14T07:35:59","slug":"prn-melaka-akmal-saleh-beri-bayangan-pindah-kerusi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-melaka-akmal-saleh-beri-bayangan-pindah-kerusi\/","title":{"rendered":"PRN Melaka: Akmal Saleh beri bayangan pindah kerusi"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh memberi bayangan kemungkinan tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.<\/p>\n<p>Petunjuk itu muncul menerusi hantaran di Facebook pada Rabu apabila beliau mengucapkan terima kasih kepada penduduk Merlimau, selain membuka ruang kemungkinan bertanding di kawasan lain.<\/p>\n<p>\u201cTerima kasih Merlimau. Selepas ini ke mana? Kalau ke Serkam atau Sungai Rambai boleh ke, atau ada cadangan lain?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hantaran itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, termasuk mereka yang menyambut baik kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berpindah ke kawasan baharu.<\/p>\n<p>Antara yang memberikan respons ialah Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim, yang menyatakan kesediaan membantu Akmal sekiranya beliau bertanding di kawasan lain.<\/p>\n<p>Seorang pengguna media sosial pula berpandangan kawasan yang dipilih bukan perkara utama, sebaliknya komitmen beliau untuk terus mendekati rakyat dan menyelesaikan masalah penduduk.<\/p>\n<p>\u201cTak kisah mana-mana, janji turun padang kalau penduduk ada masalah. You are the best,\u201d tulis pengguna berkenaan.<\/p>\n<p>Terdapat juga cadangan supaya Akmal mempertimbangkan langkah bertanding di kerusi Parlimen, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai hala tuju politik beliau menjelang PRN Melaka.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, setakat hantaran itu dibuat, Akmal belum mengumumkan secara rasmi sama ada beliau akan mempertahankan kerusi DUN Merlimau atau berpindah ke kawasan lain.<\/p>\n<p>Pada PRN Melaka 2021, Akmal memenangi kerusi DUN Merlimau dengan memperoleh 5,633 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Azrin Ab Majid yang mendapat 2,385 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Alim Shapie dengan 1,622 undi.<\/p>\n<p>Kemenangan itu memberikan Akmal majoriti 3,248 undi, sekali gus mengukuhkan kedudukannya di kawasan berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh memberi bayangan kemungkinan tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang. Petunjuk itu muncul menerusi hantaran di Facebook pada Rabu apabila beliau mengucapkan terima kasih kepada penduduk Merlimau, selain membuka ruang kemungkinan bertanding di kawasan lain. \u201cTerima kasih Merlimau. Selepas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1298,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3310,378,3031,100,192,593,103,146],"authors":[],"class_list":["post-16644","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bertanding","tag-bn","tag-dr-muhamad-akmal-saleh","tag-kerusi","tag-melaka","tag-pindah","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16644","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16644"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16644\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16645,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16644\/revisions\/16645"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16644"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16644"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16644"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16644"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}