{"id":16660,"date":"2026-10-15T04:52:51","date_gmt":"2026-10-15T04:52:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16660"},"modified":"2026-10-15T04:52:51","modified_gmt":"2026-10-15T04:52:51","slug":"pemandu-kereta-ev-didakwa-tiga-kes-termasuk-sebabkan-kematian-asiah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemandu-kereta-ev-didakwa-tiga-kes-termasuk-sebabkan-kematian-asiah\/","title":{"rendered":"Pemandu kereta EV didakwa tiga kes, termasuk sebabkan kematian Asiah"},"content":{"rendered":"<p>Pemandu kereta elektrik yang terbabit dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching sehingga mengorbankan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Asiah Ahmad Syahir, hari ini didakwa atas tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Tertuduh, Raeven Goh Wey Haur, 24, yang bekerja sebagai pegawai bank, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.<\/p>\n<p>Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Asiah, mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.<\/p>\n<p>Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun, denda RM20,000 hingga RM50,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya 10 tahun.<\/p>\n<p>Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memandu secara berbahaya dengan mengambil kira keadaan trafik ketika kejadian, mengikut Seksyen 42(1) akta sama.<\/p>\n<p>Pertuduhan ketiga pula membabitkan dakwaan gagal memberhentikan kenderaan selepas terbabit dalam kemalangan, mengikut Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.<\/p>\n<p>Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa berlaku di Jalan Kuching, dari arah pusat bandar menghala ke Jalan Segambut, kira-kira jam 3.44 petang pada 10 Oktober lalu.<\/p>\n<p>Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamry, mencadangkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan, selain memohon pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan lesen memandunya digantung sepanjang prosiding berlangsung.<\/p>\n<p>Peguam Khailash Sharma yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan lebih rendah dengan alasan keluarga anak guamnya memberikan kerjasama kepada polis selepas kejadian.<\/p>\n<p>\u201cDalam tempoh 24 jam seawal 8 malam, keluarga tertuduh telah memberikan kerjasama dengan membuat laporan polis. Mohon jaminan yang tidak menghukum,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM36,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 19 November ini.<\/p>\n<p>Ahli keluarga mangsa turut hadir di mahkamah bersama peguam pemerhati, Nur A&#8217;minahtul Mardiah Md Nor.<\/p>\n<p>Dalam kejadian Sabtu lalu, Asiah yang menaiki sebuah Perodua Bezza bersama bapanya mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Kemalangan itu dipercayai bermula apabila BYD Seal yang dipandu tertuduh melanggar bahagian belakang Perodua Bezza yang bergerak perlahan dalam aliran trafik menuju ke Segambut.<\/p>\n<p>Impak pelanggaran menyebabkan Bezza berkenaan berpusing ke lorong kanan sebelum merempuh tiga kenderaan lain, iaitu Nissan Almera, Toyota Alphard dan Perodua Myvi. Sebuah motosikal turut terbabit dalam kejadian berkenaan.<\/p>\n<p>Bapa mangsa yang memandu Perodua Bezza serta penunggang motosikal turut mengalami kecederaan.<\/p>\n<p>Kes berkenaan kini dalam proses perundangan dan tertuduh belum disabitkan dengan mana-mana pertuduhan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemandu kereta elektrik yang terbabit dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching sehingga mengorbankan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Asiah Ahmad Syahir, hari ini didakwa atas tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Tertuduh, Raeven Goh Wey Haur, 24, yang bekerja sebagai pegawai bank, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16661,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5275,5277,638,1747,5274,42,5276],"authors":[],"class_list":["post-16660","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-asiah-ahmad-syahir","tag-byd","tag-elektrik","tag-ev","tag-jalan-kuching","tag-kemalangan","tag-raeven-goh-wey-haur"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16660","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16660"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16660\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16662,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16660\/revisions\/16662"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16661"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16660"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16660"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16660"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16660"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}