{"id":16692,"date":"2026-10-15T13:48:30","date_gmt":"2026-10-15T13:48:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16692"},"modified":"2026-10-15T13:48:30","modified_gmt":"2026-10-15T13:48:30","slug":"jerebu-malaysia-pilih-diplomasi-elak-tegang-dengan-indonesia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jerebu-malaysia-pilih-diplomasi-elak-tegang-dengan-indonesia\/","title":{"rendered":"Jerebu: Malaysia pilih diplomasi, elak tegang dengan Indonesia"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia tidak bercadang menghantar Nota Diplomatik atau mengambil tindakan undang-undang terhadap Indonesia berhubung isu jerebu rentas sempadan ketika ini bagi mengelakkan hubungan baik antara kedua-dua negara terjejas.<\/p>\n<p>Menteri Luar, Mohamad Hasan berkata pendekatan diplomasi dan perbincangan lebih sesuai digunakan untuk menangani isu berkenaan berbanding mengambil tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan hubungan dua hala.<\/p>\n<p>\u201cKita belum sampai ke tahap itu (hantar Nota Diplomatik). Cakap dalam Parlimen senanglah dan kalau nak buat begitu, maknanya kita dah bersedia untuk memutuskan hubungan.<\/p>\n<p>\u201cHubungan rapat kedua-dua negara ini perlu juga dijaga. Jadi, tidaklah sampai kita nak menghantar nota diplomatik atau tindakan undang-undang dan sebagainya,\u201d katanya selepas menyampaikan sumbangan bantuan pelajaran, am dan warga emas peringkat Parlimen Rembau di Dewan Orang Ramai Rantau, hari ini.<\/p>\n<p>Mohamad mengulas gesaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, supaya kerajaan mengambil tindakan terhadap Indonesia susulan aktiviti pembakaran hutan secara terbuka yang didakwa menyumbang kepada masalah jerebu rentas sempadan.<\/p>\n<p>Syed Saddiq turut mencadangkan Malaysia mengemukakan bantahan diplomatik dengan sokongan negara ASEAN lain yang turut terjejas, khususnya Singapura, bagi memastikan isu berkenaan ditangani secara lebih tegas.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Mohamad berkata penghantaran Nota Diplomatik bukan langkah terbaik pada peringkat ini kerana Malaysia masih boleh menggunakan saluran perbincangan untuk mencari penyelesaian.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan sedemikian mungkin menjadi pilihan terakhir sekiranya keadaan memerlukan, namun kerajaan ketika ini mengutamakan hubungan diplomatik dan kerjasama serantau.<\/p>\n<p>\u201cPendekatan lebih cantik dan diplomasi itu adalah kaedah terbaik dan bukannya dengan menghantar Nota Diplomatik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, perbincangan mengenai isu jerebu itu sudah dilakukan dengan rakan sejawatnya di Indonesia, manakala Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turut menghubungi Presiden Indonesia bagi membincangkan perkara berkenaan.<\/p>\n<p>Isu jerebu rentas sempadan terus menjadi cabaran kepada negara-negara Asia Tenggara, khususnya ketika aktiviti pembakaran terbuka dan kebakaran hutan berlaku di rantau ini. Keadaan itu bukan sahaja menjejaskan kualiti udara, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan awam, aktiviti ekonomi dan kehidupan harian penduduk.<\/p>\n<p>Malaysia sebelum ini turut bekerjasama dengan negara anggota ASEAN melalui pelbagai mekanisme serantau bagi menangani pencemaran jerebu, termasuk usaha pencegahan kebakaran hutan dan pengukuhan kerjasama rentas sempadan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia tidak bercadang menghantar Nota Diplomatik atau mengambil tindakan undang-undang terhadap Indonesia berhubung isu jerebu rentas sempadan ketika ini bagi mengelakkan hubungan baik antara kedua-dua negara terjejas. Menteri Luar, Mohamad Hasan berkata pendekatan diplomasi dan perbincangan lebih sesuai digunakan untuk menangani isu berkenaan berbanding mengambil tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan hubungan dua hala. \u201cKita belum [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14795,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[716,4820,1927,283,3495],"authors":[],"class_list":["post-16692","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-indonesia","tag-jerebu","tag-menteri-luar","tag-mohamad-hasan","tag-nota-diplomatik"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16692","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16692"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16692\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16693,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16692\/revisions\/16693"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14795"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16692"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16692"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16692"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16692"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}