{"id":16731,"date":"2026-10-16T09:19:36","date_gmt":"2026-10-16T09:19:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16731"},"modified":"2026-10-16T09:19:36","modified_gmt":"2026-10-16T09:19:36","slug":"kerajaan-perhalusi-reformasi-pemisahan-kuasa-ag-dan-pendakwa-raya-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-perhalusi-reformasi-pemisahan-kuasa-ag-dan-pendakwa-raya-fahmi\/","title":{"rendered":"Kerajaan perhalusi reformasi pemisahan kuasa AG dan Pendakwa Raya: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said mengadakan libat urus dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi memperhalusi cadangan pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, arahan itu dibuat susulan beberapa perkara yang dititahkan Raja-Raja Melayu ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja berhubung cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebelum ini sudah menyediakan draf pindaan Perlembagaan bagi melaksanakan reformasi institusi itu.<\/p>\n<p>\u201cPerdana Menteri telah mengarahkan Azalina Othman Said untuk mengadakan libat urus dan perbincangan dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telah menyediakan draf bagi pindaan Perlembagaan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSelepas itu, sebarang pindaan ataupun penambahbaikan perlu dimaklumkan semula kepada Majlis Raja-Raja,\u201d katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai hasil sembah maklum Anwar kepada Majlis Raja-Raja berhubung cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan tempoh jawatan Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, kedua-dua cadangan itu merupakan antara agenda reformasi institusi utama kerajaan yang masih memerlukan penelitian lanjut sebelum proses seterusnya dapat dilaksanakan.<\/p>\n<p>\u201cJadi ini dua usaha reformasi yang besar dan ada sedikit lagi proses yang perlu diperhalusi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya antara lain bertujuan memperjelas peranan kedua-dua jawatan, khususnya dalam membezakan fungsi sebagai penasihat undang-undang kerajaan dengan tanggungjawab membuat keputusan pendakwaan jenayah.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata, Jemaah Menteri turut dimaklumkan Parlimen kini berada sepenuhnya di bawah bidang kuasa Majlis Perkhidmatan Parlimen, sekali gus menamatkan penguasaan eksekutif terhadap pentadbiran institusi perundangan tertinggi negara.<\/p>\n<p>\u201cIni telah menunaikan salah satu janji dan salah satu usaha reformasi institusi yang sangat besar. Dengan cara ini, kita percaya demokrasi akan terus mekar di negara kita,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Perkembangan itu mencerminkan usaha kerajaan memperkukuh kebebasan institusi, meningkatkan semak dan imbang serta menambah baik sistem pentadbiran negara melalui pelaksanaan reformasi secara berperingkat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said mengadakan libat urus dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi memperhalusi cadangan pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, arahan itu dibuat susulan beberapa perkara yang dititahkan Raja-Raja Melayu ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja berhubung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6672,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,403,49,342,5295,1648,18,592,402],"authors":[],"class_list":["post-16731","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-azalina","tag-fahmi-fadzil","tag-peguam-negara","tag-pemisahan-kuasa","tag-pendakwa-raya","tag-pmx","tag-sidang-media","tag-undang-undang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16731","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16731"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16731\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16732,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16731\/revisions\/16732"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6672"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16731"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16731"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16731"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16731"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}