{"id":16733,"date":"2026-10-16T09:21:10","date_gmt":"2026-10-16T09:21:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16733"},"modified":"2026-10-16T09:21:10","modified_gmt":"2026-10-16T09:21:10","slug":"anwar-pengerusikan-mesyuarat-khas-isu-jerebu-isnin-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-pengerusikan-mesyuarat-khas-isu-jerebu-isnin-ini\/","title":{"rendered":"Anwar pengerusikan mesyuarat khas isu jerebu Isnin ini"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Pengurusan Bencana Pusat pada Isnin ini bagi membincangkan situasi jerebu dan penyelarasan tindakan antara kementerian.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat itu turut meneliti perkembangan kebakaran di Indonesia serta kesannya terhadap Malaysia, termasuk langkah melindungi kesihatan awam dan memastikan keselamatan murid di sekolah.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memainkan peranan dalam perbincangan berkaitan kesan jerebu terhadap operasi sekolah serta aktiviti sukan di luar bangunan.<\/p>\n<p>\u201cIsnin ini akan diadakan satu mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri, antara lain isu jerebu akan dibincangkan.<\/p>\n<p>\u201cBeberapa maklumat lanjut akan disusuli daripada mesyuarat pada Isnin nanti, termasuk daripada pihak KKM, KPM dan KBS,\u201d katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai keperluan penyelarasan lebih menyeluruh antara kementerian bagi memastikan tindakan menangani jerebu dilaksanakan mengikut keadaan semasa.<\/p>\n<p>Menurutnya, KPM dan KKM memaklumkan garis panduan berkaitan jerebu ketika ini berpandukan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang sedang berkuat kuasa.<\/p>\n<p>Perhatian turut diberikan kepada kesan pencemaran udara terhadap kesihatan orang ramai, khususnya golongan berisiko, selain keperluan menilai kesesuaian aktiviti luar sekiranya keadaan jerebu bertambah buruk.<\/p>\n<p>Mengulas mengenai kebakaran di Indonesia, Fahmi berkata, tawaran bantuan Malaysia yang dikemukakan kira-kira sebulan lalu perlu dinilai semula susulan perkembangan kebakaran yang semakin meluas.<\/p>\n<p>Katanya, penilaian itu penting bagi memastikan bantuan serta aset yang bakal disalurkan benar-benar memenuhi keperluan semasa pihak yang terjejas.<\/p>\n<p>\u201cIsunya, api telah mara dengan agak meluas. Jadi apa-apa bentuk bantuan dan aset yang ditawarkan sejak mungkin sebulan yang lalu, sekarang mungkin perlu dinilai semula untuk memastikan bantuan itu benar-benar mencapai maksud,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, perbincangan susulan akan diadakan bagi memperincikan bentuk bantuan yang bersesuaian, namun setakat ini belum ada keputusan khusus mengenai aset yang akan dihantar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Pengurusan Bencana Pusat pada Isnin ini bagi membincangkan situasi jerebu dan penyelarasan tindakan antara kementerian. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat itu turut meneliti perkembangan kebakaran di Indonesia serta kesannya terhadap Malaysia, termasuk langkah melindungi kesihatan awam dan memastikan keselamatan murid di sekolah. Beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14795,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,49,716,4820,18],"authors":[],"class_list":["post-16733","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-fahmi-fadzil","tag-indonesia","tag-jerebu","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16733","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16733"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16733\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16734,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16733\/revisions\/16734"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14795"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16733"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16733"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16733"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16733"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}