{"id":16768,"date":"2026-10-17T09:28:42","date_gmt":"2026-10-17T09:28:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16768"},"modified":"2026-10-17T09:28:42","modified_gmt":"2026-10-17T09:28:42","slug":"umno-digesa-beri-penjelasan-susulan-kemurkaan-tuanku-muhriz-amanah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-digesa-beri-penjelasan-susulan-kemurkaan-tuanku-muhriz-amanah\/","title":{"rendered":"UMNO digesa beri penjelasan susulan kemurkaan Tuanku Muhriz: Amanah"},"content":{"rendered":"<p>Parti Amanah mendesak UMNO memberikan penjelasan berhubung isu titah kemurkaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir terhadap Menteri Besar, Ismail Lasim, yang didakwa berkait dengan surat mengenai kedudukan baginda.<\/p>\n<p>Timbalan Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa, berkata isu itu tidak boleh dipandang ringan kerana menyentuh hubungan antara institusi Raja dengan pentadbiran negeri serta persoalan keluhuran Perlembagaan.<\/p>\n<p>Beliau mempersoalkan pendirian UMNO yang didakwa masih berdiam diri walaupun isu berkenaan membabitkan Menteri Besar daripada parti itu.<\/p>\n<p>\u201cUMNO selama ini begitu lantang mendakwa dirinya pembela Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu. Namun, apabila Menteri Besar daripada UMNO sendiri dikaitkan dengan tindakan yang menyentuh kedudukan seorang Raja Melayu, mengapa pimpinan UMNO membisu?\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Mujahid turut mempersoalkan surat yang didakwa dihantar Ismail kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang menurut dakwaan itu menyatakan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) adalah sah dan mempertikaikan kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar.<\/p>\n<p>Menurutnya, kandungan penuh surat berkenaan perlu didedahkan supaya rakyat dapat memahami perkara sebenar.<\/p>\n<p>Beliau juga merujuk pendirian Jabatan Peguam Negara yang menurut kenyataannya menegaskan Menteri Besar dan Exco tidak mempunyai kuasa untuk menurunkan Yang di-Pertuan Besar atau mengisytiharkan jawatan berkenaan kosong.<\/p>\n<p>Mujahid mendakwa Setiausaha Kerajaan Negeri turut enggan mewartakan proklamasi berkenaan kerana dianggap tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau menggesa UMNO menjelaskan sama ada kepimpinan parti mengetahui atau merestui surat berkenaan, selain menyatakan pendirian terhadap keputusan Exco yang didakwa mempertikaikan kedudukan Tuanku Muhriz.<\/p>\n<p>Mujahid turut mendesak Ismail mendedahkan dan menarik balik surat itu sekiranya kandungannya benar seperti yang dipersoalkan dalam titah baginda.<\/p>\n<p>Beliau berkata Menteri Besar berkenaan juga perlu memohon ampun kepada Tuanku Muhriz serta meminta maaf kepada rakyat Negeri Sembilan dan seluruh rakyat Malaysia jika dakwaan itu terbukti benar.<\/p>\n<p>\u201cJika Ismail tidak mampu memberikan penjelasan yang meyakinkan dan memulihkan hubungan dengan Istana, beliau tidak lagi mempunyai kewibawaan moral untuk meneruskan tugas sebagai Menteri Besar dan wajar meletakkan jawatan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mujahid menegaskan jawatan Menteri Besar bukan hak milik mana-mana parti politik, sebaliknya amanah perlembagaan yang perlu dilaksanakan dengan menghormati institusi Raja, undang-undang dan tanggungjawab kepada rakyat.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan isu itu bukan sekadar pertikaian politik, sebaliknya membabitkan prinsip kedaulatan undang-undang serta martabat institusi Raja Melayu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Amanah mendesak UMNO memberikan penjelasan berhubung isu titah kemurkaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir terhadap Menteri Besar, Ismail Lasim, yang didakwa berkait dengan surat mengenai kedudukan baginda. Timbalan Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa, berkata isu itu tidak boleh dipandang ringan kerana menyentuh hubungan antara institusi Raja dengan pentadbiran negeri serta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15123,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,5074,4644,408,4538,3353,1154,3684,146],"authors":[],"class_list":["post-16768","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-derhaka","tag-ismail-lasim","tag-menteri-besar","tag-mujahid-yusof-rawa","tag-murka","tag-negeri-sembilan","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16768","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16768"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16768\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16769,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16768\/revisions\/16769"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15123"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16768"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16768"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16768"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16768"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}