{"id":16780,"date":"2026-10-17T14:03:08","date_gmt":"2026-10-17T14:03:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16780"},"modified":"2026-10-17T14:03:08","modified_gmt":"2026-10-17T14:03:08","slug":"kritik-isu-penderma-najib-um-nafi-mahasiswa-dikenakan-tindakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kritik-isu-penderma-najib-um-nafi-mahasiswa-dikenakan-tindakan\/","title":{"rendered":"Kritik isu penderma Najib, UM nafi mahasiswa dikenakan tindakan"},"content":{"rendered":"<p>Universiti Malaya (UM) menafikan dakwaan seorang mahasiswanya dikenakan tindakan tatatertib selepas membangkitkan persoalan dan menyuarakan pandangan berkaitan penderma kepada bekas perdana menteri, Najib Razak, pada Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Masa Depan Antarabangsa (iFUTURE 2026), baru-baru ini.<\/p>\n<p>Naib Canselor UM, Noor Azuan Abu Osman berkata, tiada sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap mahasiswa berkenaan seperti yang didakwa dalam laporan dan perbincangan yang tersebar.<\/p>\n<p>\u201cSaya ingin menjelaskan tiada sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap mahasiswa berkenaan. Sehubungan itu, dakwaan yang tersebar mengenai perkara ini adalah tidak benar,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan UM sentiasa menghormati hak mahasiswa untuk mengemukakan soalan, menyuarakan pandangan dan terlibat dalam perbincangan berkaitan isu semasa.<\/p>\n<p>Menurutnya, platform seperti iFUTURE 2026 yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) penting bagi membolehkan mahasiswa berinteraksi secara langsung dengan kepimpinan universiti serta membincangkan pelbagai perkara secara terbuka.<\/p>\n<p>\u201cPerbezaan pandangan bukanlah suatu ancaman, sebaliknya sebahagian daripada budaya intelektual yang perlu terus dipupuk.<\/p>\n<p>\u201cKita mungkin tidak sentiasa bersetuju dalam semua perkara, namun mahasiswa perlu diberikan ruang untuk bersuara dan didengari,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Penjelasan itu menyusul dakwaan mengenai tindakan terhadap mahasiswa berkenaan selepas persoalan dan pandangannya dalam sesi sidang kemuncak itu menjadi perhatian.<\/p>\n<p>Isu berkenaan turut mengundang perhatian terhadap kebebasan mahasiswa menyuarakan pandangan, khususnya ketika berhadapan dengan isu politik dan tokoh berprofil tinggi.<\/p>\n<p>iFUTURE 2026 berlangsung selama tiga hari, dari 11 hingga 13 Oktober, dengan menghimpunkan 1,231 pemimpin mahasiswa, termasuk 813 peserta dari Malaysia dan 418 delegasi antarabangsa dari 60 negara.<\/p>\n<p>Program itu bertujuan memperkukuh jaringan kepimpinan mahasiswa antarabangsa menerusi wacana intelektual dan libat urus strategik.<\/p>\n<p>UM menegaskan perbezaan pendapat perlu dilihat sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan pembangunan pemikiran kritis mahasiswa, selagi ruang dialog terus dimanfaatkan untuk perbincangan yang matang dan terbuka.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Universiti Malaya (UM) menafikan dakwaan seorang mahasiswanya dikenakan tindakan tatatertib selepas membangkitkan persoalan dan menyuarakan pandangan berkaitan penderma kepada bekas perdana menteri, Najib Razak, pada Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Masa Depan Antarabangsa (iFUTURE 2026), baru-baru ini. Naib Canselor UM, Noor Azuan Abu Osman berkata, tiada sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap mahasiswa berkenaan seperti yang didakwa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16781,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5305,654,121,5306,1335,1812],"authors":[],"class_list":["post-16780","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ifuture-2026","tag-mahasiswa","tag-najib","tag-noor-azuan-abu-osman","tag-um","tag-universiti-malaya"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16780","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16780"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16780\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16782,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16780\/revisions\/16782"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16781"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16780"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16780"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16780"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16780"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}