{"id":16812,"date":"2026-10-18T11:47:24","date_gmt":"2026-10-18T11:47:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16812"},"modified":"2026-10-18T11:47:24","modified_gmt":"2026-10-18T11:47:24","slug":"fahmi-kecam-buli-siber-mahasiswa-um-minta-mangsa-buat-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-kecam-buli-siber-mahasiswa-um-minta-mangsa-buat-laporan\/","title":{"rendered":"Fahmi kecam buli siber mahasiswa UM, minta mangsa buat laporan"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengecam tindakan membuli dan mengugut mahasiswa Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit, susulan pandangan yang disuarakannya dalam satu forum baru-baru ini.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan perbezaan pandangan tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengherdik, mengugut atau mengancam keselamatan seseorang, terutama mahasiswa yang menggunakan hak mereka untuk bersuara.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Fahmi menggesa mangsa buli siber supaya segera membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil terhadap pelaku.<\/p>\n<p>\u201cKita boleh berbeza pandangan, tidak jadi masalah. Dalam kes adik Ummi ini, beliau menyuarakan pandangan dan kita tahu sekarang mahasiswa mempunyai hak untuk bersuara.<\/p>\n<p>\u201cMaka, kita perlu raikan kerana ia tidak melanggar apa-apa undang-undang, malah tidak bersifat jenayah. Beliau hanya menegur perkara berkaitan jenayah rasuah,\u201d katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Smart Parents Interactive Hub, hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, meskipun terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan nada atau cara penyampaian mahasiswa berkenaan, perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah intipati pandangannya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, teguran itu mencerminkan hasrat untuk melihat Malaysia terus menolak rasuah, kleptokrasi dan sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa.<\/p>\n<p>Dalam satu forum terbuka bersama pemimpin UMNO baru-baru ini, Ummi Umairah mempersoalkan tindakan orang ramai mengumpul derma bagi membantu bekas Perdana Menteri, Najib Razak membayar denda mahkamah berjumlah RM50 juta.<\/p>\n<p>Kenyataan itu mencetuskan reaksi di media sosial, termasuk komen berbaur ugutan terhadap mahasiswa berkenaan, sehingga menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan individu yang menyuarakan pandangan secara terbuka.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, MCMC akan meneliti tindakan yang boleh diambil berhubung kes berkenaan dan tidak hanya menunggu laporan sebelum bertindak.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan pengguna media sosial supaya menjaga adab ketika berkomunikasi, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menegaskan kepentingan kesopanan dalam penggunaan platform digital.<\/p>\n<p>Menurutnya, pengguna tidak boleh menganggap hantaran dalam talian bebas daripada implikasi undang-undang, termasuk apabila menggunakan akaun palsu.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata MCMC sedang menyiasat beberapa insiden tingkah laku tidak autentik terancang (CIB) yang menyasarkan Sultan Ibrahim dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.<\/p>\n<p>Beliau memaklumkan lebih 2,000 kandungan yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI) atau bersifat sangat jelik, selain 600 akaun palsu, dikenal pasti menghina Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n<p>\u201cSiasatan awal MCMC mendapati kebanyakan akaun palsu yang menyerang Yang di-Pertuan Agong menerusi Facebook dipercayai berasal dari luar negara dan siasatan masih dijalankan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Fahmi turut berkata kerajaan sedang meneliti keperluan memperketat kawal selia, termasuk melalui pengesahan identiti elektronik (eKYC) dan pengesahan umur, bagi menangani masalah buli siber menerusi aplikasi pesanan seperti WhatsApp.<\/p>\n<p>Beliau berkata MCMC akan diminta berhubung dengan Meta bagi meneliti isu keselamatan pengguna, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah, memandangkan komunikasi WhatsApp dilindungi penyulitan hujung ke hujung.<\/p>\n<p>Menurutnya, Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) ketika ini belum merangkumi mod komunikasi seperti WhatsApp, sekali gus memerlukan penelitian lanjut bagi memastikan perlindungan pengguna dapat dipertingkatkan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengecam tindakan membuli dan mengugut mahasiswa Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit, susulan pandangan yang disuarakannya dalam satu forum baru-baru ini. Beliau menegaskan perbezaan pandangan tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengherdik, mengugut atau mengancam keselamatan seseorang, terutama mahasiswa yang menggunakan hak mereka untuk bersuara. Sehubungan itu, Fahmi menggesa mangsa buli siber [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15278,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3940,1221,49,654,5317,1437,1335,5318,146],"authors":[],"class_list":["post-16812","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bn-umno","tag-buli","tag-fahmi-fadzil","tag-mahasiswa","tag-malaya","tag-siber","tag-um","tag-ummi-umairah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16812","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16812"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16812\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16813,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16812\/revisions\/16813"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15278"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16812"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16812"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16812"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16812"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}