{"id":16838,"date":"2026-10-19T06:31:58","date_gmt":"2026-10-19T06:31:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16838"},"modified":"2026-10-19T06:31:58","modified_gmt":"2026-10-19T06:31:58","slug":"kemelut-negeri-sembilan-zahid-minta-adun-bn-tidak-campur-urusan-diraja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kemelut-negeri-sembilan-zahid-minta-adun-bn-tidak-campur-urusan-diraja\/","title":{"rendered":"Kemelut Negeri Sembilan: Zahid minta ADUN BN tidak campur urusan diraja"},"content":{"rendered":"<p>Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di Negeri Sembilan supaya tidak mencampuri urusan berkaitan institusi diraja dan undang-undang negeri ketika krisis politik negeri itu masih belum reda.<\/p>\n<p>Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri itu meminta semua wakil rakyat BN memberikan tumpuan kepada kebajikan rakyat serta memastikan pentadbiran negeri terus berfungsi seperti biasa.<\/p>\n<p>\u201cNasihat saya pada ADUN-ADUN kita (BN) supaya tidak lagi campur tangan dalam soal berkaitan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan dan juga institusi-institusi diraja.<\/p>\n<p>\u201cKita tumpukan memberikan perkhidmatan kerana wakil-wakil rakyat dipilih oleh rakyat, mandat telah diberikan,\u201d katanya selepas melancarkan Road Safety Congress 2026 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.<\/p>\n<p>Teguran Zahid itu hadir ketika kemelut politik Negeri Sembilan turut mencetuskan perhatian terhadap hubungan antara wakil rakyat dengan institusi diraja negeri, khususnya susulan teguran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir terhadap Ismail Lasim.<\/p>\n<p>Perkembangan itu menambah perhatian terhadap keperluan semua pihak menghormati kedudukan institusi diraja serta peruntukan undang-undang negeri ketika berdepan pertikaian politik.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Zahid berkata, kerajaan Negeri Sembilan sedang menyediakan draf Belanjawan Negeri 2027 meskipun barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) masih belum dibentuk ketika ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, keutamaan perlu diberikan kepada kepentingan rakyat dan penyelesaian masalah yang dihadapi mereka, tanpa membiarkan kemelut politik menjejaskan penyampaian perkhidmatan kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cYang penting, sebarang permasalahan yang berlaku, keutamaan hendaklah diberikan kepada menyantuni dan menangani permasalahan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut berharap kerjasama antara kerajaan negeri dengan 11 ADUN yang tidak bersama kerajaan negeri dapat diteruskan bagi mengelakkan pentadbiran Negeri Sembilan tergantung.<\/p>\n<p>Katanya, jentera kerajaan perlu terus berfungsi seperti biasa supaya urusan rakyat tidak terjejas akibat perkembangan politik semasa.<\/p>\n<p>Mengulas persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Zahid berkata beliau sudah meneliti perkara itu dan meminta Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh mengumumkan keputusan berkaitan kerjasama politik dalam masa terdekat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di Negeri Sembilan supaya tidak mencampuri urusan berkaitan institusi diraja dan undang-undang negeri ketika krisis politik negeri itu masih belum reda. Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri itu meminta semua wakil rakyat BN memberikan tumpuan kepada kebajikan rakyat serta memastikan pentadbiran negeri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13678,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[356,147,5325,4644,1154,262,3684],"authors":[],"class_list":["post-16838","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adun","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-durhaka","tag-ismail-lasim","tag-negeri-sembilan","tag-titah","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16838","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16838"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16838\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16839,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16838\/revisions\/16839"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16838"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16838"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16838"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16838"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}