{"id":16844,"date":"2026-10-19T13:20:08","date_gmt":"2026-10-19T13:20:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16844"},"modified":"2026-10-19T13:23:59","modified_gmt":"2026-10-19T13:23:59","slug":"amk-pas-utamakan-umno-demi-kuasa-ketepikan-rakan-sendiri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-pas-utamakan-umno-demi-kuasa-ketepikan-rakan-sendiri\/","title":{"rendered":"AMK: PAS utamakan UMNO demi kuasa, ketepikan rakan sendiri"},"content":{"rendered":"<p>PAS didakwa lebih mengutamakan kepentingan politik untuk menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) berbanding semangat setiakawan apabila memberi keutamaan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam rundingan kerjasama politik.<\/p>\n<p>Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi, berkata pendirian PAS itu memperlihatkan sikap sebenar parti berkenaan yang sanggup mengetepikan rakan politik demi meraih keuntungan pilihan raya.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa tindakan itu bercanggah dengan slogan penyatuan ummah yang sering dibawa PAS, terutama apabila parti berkenaan kini membuka ruang untuk bekerjasama dengan UMNO, yang pernah menjadi seteru politiknya selama berdekad-dekad.<\/p>\n<p>\u201cPAS pandai menggunakan slogan penyatuan ummah untuk PRU-16, tetapi hakikat yang kita semua dapat lihat ialah mereka sanggup berkawan dengan seteru politik sejak berdekad-dekad selepas melihat potensi dan peluang yang wujud untuk meraih keuntungan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Iman, perkembangan itu menunjukkan PAS tidak mempunyai semangat setiakawan seperti yang ditunjukkan Pakatan Harapan (PH), sebaliknya lebih mementingkan peluang untuk membentuk kerajaan selepas PRU-16.<\/p>\n<p>Kenyataan itu menyusul selepas Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, dilaporkan berkata parti berkenaan akan mengutamakan UMNO dan BN berbanding parti lain, termasuk Parti Wawasan Negara pimpinan Hamzah Zainudin, dalam rundingan kerjasama politik.<\/p>\n<p>Hashim berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Syura PAS yang dipengerusikannya. Mesyuarat berkenaan bersetuju PAS boleh mengadakan rundingan dengan mana-mana parti, namun UMNO perlu diberikan keutamaan.<\/p>\n<p>Beliau turut mengakui usaha merapatkan hubungan PAS dengan UMNO bukan sesuatu yang mudah, justeru kedua-dua parti perlu memanfaatkan peluang yang ada bagi menjayakan usaha penyatuan mereka.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Iman mengingatkan rakyat supaya menilai perkembangan politik semasa dengan teliti, khususnya selepas kemelut politik di Negeri Sembilan yang menyaksikan kestabilan kerajaan negeri menjadi perhatian susulan perkembangan melibatkan BN dan PAS.<\/p>\n<p>Menurutnya, rakyat perlu melihat tindakan parti politik secara menyeluruh dan bukan sekadar bergantung pada slogan atau janji yang dikemukakan menjelang pilihan raya.<\/p>\n<p>Perkembangan hubungan PAS dengan UMNO dijangka menjadi antara isu penting menjelang PRU16, terutama ketika parti-parti politik mula menilai semula strategi dan kemungkinan kerjasama bagi memperkukuh kedudukan masing-masing.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS didakwa lebih mengutamakan kepentingan politik untuk menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) berbanding semangat setiakawan apabila memberi keutamaan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam rundingan kerjasama politik. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi, berkata pendirian PAS itu memperlihatkan sikap sebenar parti berkenaan yang sanggup mengetepikan rakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11274,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,4899,126,101,96,146],"authors":[],"class_list":["post-16844","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-muhammad-iman-haziq-mohammad-hamizi","tag-pas","tag-pru-16","tag-selangor","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16844","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16844"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16844\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16845,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16844\/revisions\/16845"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11274"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16844"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16844"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16844"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16844"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}