{"id":1691,"date":"2025-07-22T07:51:15","date_gmt":"2025-07-22T07:51:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1691"},"modified":"2025-07-22T07:51:15","modified_gmt":"2025-07-22T07:51:15","slug":"tiada-tindakan-terhadap-dr-m-dalam-isu-pulau-batu-puteh-kerana-faktor-usia-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiada-tindakan-terhadap-dr-m-dalam-isu-pulau-batu-puteh-kerana-faktor-usia-laporan\/","title":{"rendered":"Tiada tindakan terhadap Dr M dalam isu Pulau Batu Puteh kerana faktor usia: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tindakan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Pulau Batu Puteh yang dibangkitkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), atas pertimbangan faktor usia.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata walaupun beliau percaya kesalahan itu wujud dan besar, keputusan Jemaah Menteri adalah untuk tidak mengambil tindakan lanjut memandangkan Dr Mahathir kini sudah berusia 100 tahun.<\/p>\n<p>\u201cKita ambil keputusan kerana dia melibatkan mantan Perdana Menteri yang umurnya 100 tahun. Apakah dia tak salah? Dia salah. Apakah perlu ambil tindakan?\u2026 di (mesyuarat) Jemaah Menteri saya bersetuju, jangan ambil tindakan. Kalau ambil tindakan, Kota Bharu juga yang akan jerit kata kita tidak adil.<\/p>\n<p>\u201c\u2026 umur dah 100 tahun\u2026 salah besar, tetapi kita tak payahlah teruskan,\u201d katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang ingin tahu mengapa RCI Pulau Batu Puteh ditarik balik.<\/p>\n<p>Anwar berkata walaupun kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan tindakan, ia tidak bermaksud kesalahan itu tidak berlaku.<\/p>\n<p>\u201cBukan tuduh, itu memang perkara yang benar-benar berlaku,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini media melaporkan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir.<\/p>\n<p>Tindakan berkenaan merupakan antara yang disyorkan RCI dalam laporan setebal 217 muka surat yang diedarkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Menurut laporan tersebut, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas bekas perdana menteri itu mengikut Seksyen 415 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun sama dan juga di bawah Seksyen 418 kanun sama. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tindakan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Pulau Batu Puteh yang dibangkitkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), atas pertimbangan faktor usia. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata walaupun beliau percaya kesalahan itu wujud dan besar, keputusan Jemaah Menteri adalah untuk tidak mengambil tindakan lanjut memandangkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1692,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[170,947,459,309,992,828],"authors":[],"class_list":["post-1691","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar-ibrahim","tag-dewan-rakyat","tag-dr-mahathir","tag-parlimen","tag-pulau-batu-puteh","tag-rci"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1691","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1691"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1691\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1693,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1691\/revisions\/1693"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1692"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1691"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1691"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1691"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1691"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}