{"id":16991,"date":"2026-10-23T03:43:48","date_gmt":"2026-10-23T03:43:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16991"},"modified":"2026-10-23T03:43:48","modified_gmt":"2026-10-23T03:43:48","slug":"kerajaan-terus-buru-aset-1mdb-walaupun-najib-diampunkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-terus-buru-aset-1mdb-walaupun-najib-diampunkan\/","title":{"rendered":"Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan akan meneruskan tuntutan sivil dan usaha mendapatkan semula aset berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun individu yang disabitkan kesalahan dalam kes berkenaan diberikan pengampunan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, tuntutan sivil mempunyai asas tindakan serta proses pembuktian berbeza daripada prosiding jenayah, justeru perkembangan berkaitan hukuman atau pengampunan tidak semestinya menjejaskan usaha pemulihan aset.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kesan keputusan berkaitan hukuman atau pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan perlu diteliti berdasarkan skop keputusan serta undang-undang yang terpakai.<\/p>\n<p>\u201cHak kerajaan dan 1MDB untuk meneruskan tuntutan sivil hendaklah dinilai berdasarkan asas tuntutan, bukti dan perintah mahkamah dalam prosiding berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cBegitu juga, apa-apa tindakan pelucuthakan aset tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan syarat yang mengawal tindakan itu,\u201d katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.<\/p>\n<p>Beliau menjawab soalan Howard Lee (PH-Ipoh Timur) yang meminta jaminan kerajaan mengenai usaha mendapatkan semula aset 1MDB tidak terjejas susulan perkembangan berkaitan hukuman mana-mana banduan.<\/p>\n<p>Anwar berkata, kerajaan kekal komited mendapatkan semula dana negara melalui saluran undang-undang yang tersedia, dengan menghormati bidang kuasa mahkamah serta kuasa pengampunan di bawah Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cKeutamaan kerajaan ialah memaksimumkan pemulihan dana bagi melunaskan obligasi 1MDB, mengurangkan beban kewangan negara dan memelihara kepentingan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, sejak kerajaan mula mengambil alih tanggungan hutang dan komitmen kewangan berkaitan 1MDB pada April 2017, sebanyak RM42.5 bilion telah dijelaskan, merangkumi bayaran prinsipal RM27.7 bilion serta faedah dan komitmen lain RM14.8 bilion.<\/p>\n<p>Baki komitmen sukuk Islamic Medium Term Note (IMTN) yang dijamin kerajaan pula berjumlah RM8.9 bilion, terdiri daripada prinsipal RM5 bilion dan faedah RM3.9 bilion sehingga tempoh matang pada 2039.<\/p>\n<p>Anwar berkata, jumlah keseluruhan obligasi kewangan kerajaan berkaitan 1MDB ialah RM51.4 bilion, termasuk bayaran yang telah dibuat dan baki komitmen yang masih perlu dijelaskan.<\/p>\n<p>\u201cSelepas ditolak pemulihan dana dan aset berjumlah RM31.3 bilion, baki beban kewangan bersih yang ditanggung kerajaan dianggarkan sebanyak RM20.1 bilion, dengan andaian tiada pemulihan dana dan aset tambahan pada masa hadapan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan akan meneruskan tuntutan sivil dan usaha mendapatkan semula aset berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun individu yang disabitkan kesalahan dalam kes berkenaan diberikan pengampunan. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, tuntutan sivil mempunyai asas tindakan serta proses pembuktian berbeza daripada prosiding jenayah, justeru perkembangan berkaitan hukuman atau pengampunan tidak semestinya menjejaskan usaha pemulihan aset. Beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4404,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[123,13,334,121,407,122,18,865,146],"authors":[],"class_list":["post-16991","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-1mdb","tag-anwar","tag-aset","tag-najib","tag-pengampunan","tag-penjara","tag-pmx","tag-tahanan-rumah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16991","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16991"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16991\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16992,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16991\/revisions\/16992"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4404"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16991"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16991"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16991"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16991"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}