{"id":17008,"date":"2026-10-23T08:09:17","date_gmt":"2026-10-23T08:09:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17008"},"modified":"2026-10-23T08:09:17","modified_gmt":"2026-10-23T08:09:17","slug":"anwar-waze-mungkin-diharamkan-demi-keselamatan-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-waze-mungkin-diharamkan-demi-keselamatan-negara\/","title":{"rendered":"Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan berkemungkinan mengharamkan penggunaan aplikasi navigasi Waze di Malaysia sekiranya aplikasi alternatif tempatan mampu menawarkan keupayaan dan prestasi yang lebih baik pada masa depan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, buat masa ini, larangan penggunaan Waze hanya terpakai kepada penjawat awam ketika menjalankan tugas rasmi.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerajaan akan menilai kemampuan aplikasi navigasi tempatan sebelum mempertimbangkan langkah lebih tegas terhadap penggunaan Waze secara menyeluruh.<\/p>\n<p>\u201cAda perancangan haramkan Waze? Itu kita kena belajar apa dia alternatif dia. Kalau dah esok kita tengok keupayaan kita (aplikasi tempatan) cukup baik, maka kita mungkin kemungkinan untuk mengharamkan sama sekali,\u201d katanya selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 500 jemaah di Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, kelemahan aplikasi tempatan ketika ini, termasuk dari segi kecekapan dan prestasi, perlu ditangani menerusi usaha penambahbaikan berterusan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusan kerajaan mengehadkan penggunaan Waze bukan isu kontroversi, sebaliknya berkait rapat dengan aspek keselamatan negara.<\/p>\n<p>\u201cKontroversinya kerana lembapnya alternatif (aplikasi TuJu), saya setuju tetapi keputusan kita bukan kontroversi, tapi ini soal keselamatan negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar turut menyatakan keyakinan terhadap usaha pihak berkaitan untuk meningkatkan keupayaan aplikasi navigasi tempatan supaya dapat memenuhi keperluan pengguna.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Menteri Digital Gobind Singh Deo, sudah memberikan penjelasan berhubung perkara itu di Parlimen pada Khamis.<\/p>\n<p>\u201cJadi sekarang, Menteri pun dah jelaskan di Parlimen, guna apa sahaja yang lain yang berpangkalan di Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun tidak canggih, tidak apalah, kita baiki. Lebih baik selamat daripada serahkan maklumat kerahsiaan negeri, peribadi saudara, dan negara, kepada Israel. Itu yang penting difahami,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu penggunaan Waze timbul susulan arahan kerajaan supaya penjawat awam menggunakan aplikasi navigasi alternatif yang berpangkalan di Malaysia ketika menjalankan tugas rasmi.<\/p>\n<p>Langkah itu dikaitkan dengan kebimbangan terhadap keselamatan data dan maklumat sensitif, selain usaha memperkukuh penggunaan teknologi tempatan.<\/p>\n<p>Aplikasi TuJu antara alternatif navigasi tempatan yang diketengahkan, namun prestasi dan keupayaannya masih menjadi perhatian pengguna.<\/p>\n<p>Kerajaan dijangka terus menilai perkembangan aplikasi berkenaan sebelum membuat keputusan mengenai kemungkinan peluasan larangan penggunaan Waze kepada orang awam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan berkemungkinan mengharamkan penggunaan aplikasi navigasi Waze di Malaysia sekiranya aplikasi alternatif tempatan mampu menawarkan keupayaan dan prestasi yang lebih baik pada masa depan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, buat masa ini, larangan penggunaan Waze hanya terpakai kepada penjawat awam ketika menjalankan tugas rasmi. Beliau berkata, kerajaan akan menilai kemampuan aplikasi navigasi tempatan sebelum mempertimbangkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16929,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,636,1117,1405,131,5377,18,5342,5341],"authors":[],"class_list":["post-17008","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-israel","tag-keselamatan","tag-larangan","tag-negara","tag-peta","tag-pmx","tag-tuju","tag-waze"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17008","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17008"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17008\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17009,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17008\/revisions\/17009"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16929"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17008"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17008"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17008"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17008"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}