{"id":17014,"date":"2026-10-23T08:33:44","date_gmt":"2026-10-23T08:33:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17014"},"modified":"2026-10-23T08:33:44","modified_gmt":"2026-10-23T08:33:44","slug":"prn-melaka-pas-nafi-akan-umum-calon-sepentas-dengan-bn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-melaka-pas-nafi-akan-umum-calon-sepentas-dengan-bn\/","title":{"rendered":"PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN"},"content":{"rendered":"<p>PAS menafikan akan mengumumkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka secara bersama atau sepentas dengan Barisan Nasional (BN) seperti yang dinyatakan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.<\/p>\n<p>Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding pada 28 atau 29 Oktober ini, iaitu beberapa hari sebelum penamaan calon.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini tidak. Kita akan umum pada minggu-minggu akhir, sama ada 28 atau 29 hari bulan,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ceramah pada Kuliah Pagi Jumaat Perdana sempena Karnival Rakyat 36 Tahun Membangun Bersama Islam (MBI) di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini.<\/p>\n<p>Pada Khamis, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN dilaporkan berkata, pengumuman calon BN, PAS dan rakan strategik dijangka dilakukan secara bersama di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Sabtu ini.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menjelaskan PAS sebelum ini memberi ruang kepada BN untuk mengumumkan senarai calon terlebih dahulu sebelum parti itu membuat pengumuman sendiri.<\/p>\n<p>Beliau berkata, perkara lebih penting ketika ini ialah memastikan kerjasama antara parti yang terlibat dalam PRN Melaka berjalan lancar bagi memperkukuh peluang kemenangan.<\/p>\n<p>\u201cYang penting ialah kerjasama itu dapat diteruskan dengan baik dan memberi kekuatan kepada parti-parti yang terlibat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, pendekatan kerjasama berkenaan berasaskan persefahaman antara parti, sama seperti model yang dilaksanakan ketika PRN Negeri Sembilan sebelum ini.<\/p>\n<p>PRN Melaka kali ini menyaksikan BN dan PAS mencapai persetujuan mengenai pembahagian kerusi, dengan BN dijadualkan bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PAS bersama rakan strategiknya akan bertanding di tujuh kerusi.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, 10 November bagi pengundian awal dan 14 November sebagai hari mengundi.<\/p>\n<p>Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS menafikan akan mengumumkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka secara bersama atau sepentas dengan Barisan Nasional (BN) seperti yang dinyatakan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding pada 28 atau 29 Oktober ini, iaitu beberapa hari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1645,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,378,192,126,103,2661,146],"authors":[],"class_list":["post-17014","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-melaka","tag-pas","tag-prn","tag-tuan-ibrahim-tuan-man","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17014","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17014"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17014\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17015,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17014\/revisions\/17015"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1645"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17014"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17014"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17014"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17014"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}