{"id":17024,"date":"2026-10-23T10:27:50","date_gmt":"2026-10-23T10:27:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17024"},"modified":"2026-10-23T10:27:50","modified_gmt":"2026-10-23T10:27:50","slug":"peminjam-ptptn-bergaji-rm2500-hanya-perlu-bayar-rm50-sebulan-adam-adli","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/peminjam-ptptn-bergaji-rm2500-hanya-perlu-bayar-rm50-sebulan-adam-adli\/","title":{"rendered":"Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli"},"content":{"rendered":"<p>Graduan yang memperoleh pendapatan antara RM2,501 hingga RM3,000 sebulan hanya perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada kadar minimum RM50 sebulan menerusi kelonggaran yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2027.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 400,000 peminjam PTPTN, khususnya graduan yang baru memasuki alam pekerjaan dan berdepan tekanan kos sara hidup.<\/p>\n<p>Beliau berkata, graduan berpendapatan bawah RM2,500 sebulan pula diberikan penangguhan bayaran balik sehingga mencapai ambang pendapatan ditetapkan.<\/p>\n<p>Menurutnya, pendekatan itu antara langkah yang boleh membantu mengurangkan keresahan peminjam muda yang masih berusaha membina kestabilan kewangan selepas tamat pengajian.<\/p>\n<p>\u201c Keresahan ini boleh ditangani dengan cara ini, yang paling berkesan buat masa sekarang.<\/p>\n<p>\u201cIni adalah antara perkara yang sudah bertahun-tahun sebenarnya dibincangkan, diwacanakan dan sekarang kita boleh, insya-Allah laksanakan menerusi Belanjawan 2027,\u201d katanya dalam temu bual dengan sebuah stesen radio tempatan baru-baru ini.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Adam Adli berkata inisiatif Dapur Siswa MADANI yang menyediakan kemudahan memasak secara berpusat di kampus akan diperluas ke politeknik dan Institut Pendidikan Guru (IPG) tahun depan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerajaan menyediakan peruntukan RM20 juta bagi membekalkan bahan makanan dan keperluan asas seperti beras, minyak masak, telur serta sardin kepada kemudahan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cPelajar boleh menggunakan bekalan itu untuk memasak sendiri atau secara berkumpulan, dengan perancangan dibuat bersama-sama persatuan pelajar atau pengurus dapur bagi membantu mengawal perbelanjaan makanan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagi membantu mengurangkan kos pengangkutan mahasiswa, kerajaan turut meneruskan pas My50 selain memperkenalkan MyKomuter50 untuk pengguna perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).<\/p>\n<p>Bantuan FlySiswa pula ditingkatkan daripada RM400 kepada RM500 setahun bagi setiap pelajar yang layak, khusus untuk pembelian tiket penerbangan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak bagi perjalanan berkaitan pengajian.<\/p>\n<p>Sementara itu, Adam Adli berkata Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus diperkasa sebagai laluan pendidikan alternatif kepada golongan muda yang cenderung kepada bidang kemahiran.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kadar kebolehpasaran graduan TVET mencatatkan antara 95 hingga 97 peratus setiap tahun, didorong permintaan industri terhadap tenaga kerja berkemahiran.<\/p>\n<p>Malah, kemasukan pelaburan dalam sektor berteknologi tinggi turut membuka peluang pekerjaan dengan pendapatan menarik kepada graduan bidang teknikal.<\/p>\n<p>Beliau berkongsi pengalaman bertemu seorang graduan diploma politeknik berusia 20-an yang memperoleh pendapatan antara RM6,000 hingga RM7,000 sebulan selepas kira-kira setahun menamatkan pengajian dan bekerja dalam sektor pusat data di Johor.<\/p>\n<p>\u201cTVET adalah satu laluan yang kita perkasakan kembali untuk pastikan ramai anak muda, lepasan sekolah dan sebagainya yang tidak minat, contohnya jurusan yang bersifat akademik tetapi cenderung kepada bidang teknikal.<\/p>\n<p>\u201cKadang-kadang apa yang kita perlukan hanyalah kemahiran,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Graduan yang memperoleh pendapatan antara RM2,501 hingga RM3,000 sebulan hanya perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada kadar minimum RM50 sebulan menerusi kelonggaran yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2027. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 400,000 peminjam PTPTN, khususnya graduan yang baru [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4111,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[165,3032,155,1651,5167,973,2025],"authors":[],"class_list":["post-17024","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-adam-adli","tag-bayar","tag-hutang","tag-kpt","tag-peminjam","tag-pendidikan","tag-ptptn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17024","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17024"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17024\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17025,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17024\/revisions\/17025"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4111"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17024"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17024"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17024"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17024"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}