{"id":17046,"date":"2026-10-24T09:52:12","date_gmt":"2026-10-24T09:52:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17046"},"modified":"2026-10-24T09:52:12","modified_gmt":"2026-10-24T09:52:12","slug":"anwar-ekonomi-meningkat-masalah-kos-sara-hidup-rakyat-tak-diabaikan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-ekonomi-meningkat-masalah-kos-sara-hidup-rakyat-tak-diabaikan\/","title":{"rendered":"Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu memastikan prestasi ekonomi negara yang semakin positif turut memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat, khususnya dalam menangani tekanan kos sara hidup.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, pencapaian ekonomi yang membanggakan tidak seharusnya menyebabkan kerajaan terlepas pandang terhadap beban kewangan dan keperluan harian rakyat.<\/p>\n<p>Menurutnya, pertumbuhan ekonomi negara perlu dinilai berdasarkan sejauh mana manfaatnya dapat dirasai masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cKita bangga bila ekonomi melonjak tetapi kita harus juga santuni apakah ekonomi yang melonjak itu dapat selesaikan masalah rakyat,\u201d katanya ketika merasmikan Program Sentuhan MADANI dan Pelancaran Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30) di perkarangan Stadium Hang Jebat, Krubong, hari ini.<\/p>\n<p>Anwar turut memuji KPDN yang disifatkannya sebagai antara kementerian proaktif dalam membantu rakyat menerusi pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM).<\/p>\n<p>Katanya, program itu dilaksanakan secara berkala di kawasan bandar dan luar bandar bagi membolehkan rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah.<\/p>\n<p>\u201cKPDN ini adalah di antara kementerian (yang) saya bangga kerana pelan dan strateginya itu untuk menyantuni rakyat dan sentiasa ada di bawah setiap kampung, setiap daerah di bandar, desa dan hulu masih ada (PJRM),\u201d katanya.<\/p>\n<p>NCLAP30 yang dilancarkan hari ini merupakan kerangka tindakan nasional bagi tempoh lima tahun untuk menangani isu kos sara hidup secara menyeluruh dan bersepadu.<\/p>\n<p>Pelan itu memberi tumpuan kepada dua misi utama iaitu meningkatkan pendapatan sara hidup rakyat serta menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan asas.<\/p>\n<p>Pelaksanaannya merangkumi lapan kluster strategik iaitu pendapatan, makanan, kesihatan, pendidikan, pengangkutan, perumahan, utiliti dan umum.<\/p>\n<p>Sebanyak 35 strategi serta 429 ikhtiar sara hidup digariskan menerusi pelan berkenaan, meliputi penerusan dan penambahbaikan inisiatif sedia ada selain pengenalan program baharu.<\/p>\n<p>Usaha itu akan digerakkan secara merentasi kementerian dan agensi kerajaan dengan kerjasama rakan strategik bagi memastikan pelaksanaan lebih terselaras dan berkesan.<\/p>\n<p>Pelancaran NCLAP30 dilihat sebagai langkah kerajaan memperkukuh pendekatan menangani kos sara hidup, ketika rakyat terus berdepan cabaran mendapatkan barangan dan perkhidmatan asas pada harga berpatutan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu memastikan prestasi ekonomi negara yang semakin positif turut memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat, khususnya dalam menangani tekanan kos sara hidup. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, pencapaian ekonomi yang membanggakan tidak seharusnya menyebabkan kerajaan terlepas pandang terhadap beban kewangan dan keperluan harian rakyat. Menurutnya, pertumbuhan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12605,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,5388,428,5387,197,18],"authors":[],"class_list":["post-17046","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-jualan-rahmah-madani","tag-kpdn","tag-nclap30","tag-perdana-menteri","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17046","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17046"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17046\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17047,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17046\/revisions\/17047"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12605"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17046"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17046"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17046"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17046"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}