{"id":17049,"date":"2026-10-24T09:56:06","date_gmt":"2026-10-24T09:56:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17049"},"modified":"2026-10-24T09:56:06","modified_gmt":"2026-10-24T09:56:06","slug":"kerajaan-sanggup-tanggung-subsidi-minyak-demi-rakyat-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-sanggup-tanggung-subsidi-minyak-demi-rakyat-pmx\/","title":{"rendered":"Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan bersedia menanggung kos subsidi bahan api sehingga RM45 bilion setahun susulan kenaikan harga minyak mentah dunia bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan komited mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter meskipun harga minyak mentah antarabangsa kini melonjak antara AS$120 hingga AS$130 setong.<\/p>\n<p>Menurutnya, langkah itu penting bagi melindungi kesejahteraan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang berdepan tekanan perbelanjaan harian.<\/p>\n<p>\u201cKalau harga minyak satu tong pagi ini sudah melonjak dan berterusan, kos yang akan ditanggung oleh kerajaan akan mencecah antara RM42 bilion hingga RM45 bilion setahun.<\/p>\n<p>\u201cLebih baik kerajaan terbeban daripada membebankan rakyat, ibu bapa kita,\u201d katanya semasa Program Sentuhan Kasih MADANI dan Peluncuran Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 di Kompleks Sukan Hang Jebat, Krubong, hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali serta timbalannya, Fuziah Salleh.<\/p>\n<p>Anwar berkata harga minyak mentah dunia meningkat hampir dua kali ganda berbanding paras sekitar AS$70 setong sebelum ini, sekali gus memberi tekanan kepada kos sara hidup di banyak negara.<\/p>\n<p>Katanya, sekiranya harga petrol diselaraskan sepenuhnya mengikut pasaran, rakyat berkemungkinan perlu menanggung kenaikan perbelanjaan harian yang ketara.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita naik harga minyak ikut pasaran, tiap-tiap hari kena tambah RM2, RM3, minimum RM5. Bayangkan kalau penggunaan itu lebih, hantar anak ke sekolah, dia sendiri kerja, itu tiap-tiap hari RM10,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menolak pandangan subsidi tinggi menyebabkan rakyat terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan, sebaliknya menegaskan dasar itu perlu mengambil kira realiti kehidupan masyarakat.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Anwar berkata kejayaan ekonomi negara tidak seharusnya dinilai berdasarkan pertumbuhan, pelaburan dan perdagangan semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada peningkatan taraf hidup rakyat.<\/p>\n<p>Menurutnya, usaha memacu sektor teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor perlu bergerak seiring dengan penyelesaian isu asas seperti kos sara hidup, pendidikan, kesihatan dan peluang pekerjaan.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak bicara hanya angka dan statistik tetapi kita bicara soal manusia.<\/p>\n<p>\u201cPendekatan kerajaan berteraskan prinsip menggapai di langit, mengakar di bumi, yang menuntut negara terus meneroka bidang ilmu dan teknologi baharu tanpa mengabaikan nilai kemanusiaan, akhlak, budaya serta kesejahteraan rakyat pada peringkat akar umbi,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan bersedia menanggung kos subsidi bahan api sehingga RM45 bilion setahun susulan kenaikan harga minyak mentah dunia bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan komited mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter meskipun harga minyak mentah antarabangsa kini melonjak antara AS$120 hingga AS$130 setong. Menurutnya, langkah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3678,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,4344,916,75,74,18,555,296],"authors":[],"class_list":["post-17049","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-budi-madani","tag-diesel","tag-harga","tag-minyak","tag-pmx","tag-ron95","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17049","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17049"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17049\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17050,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17049\/revisions\/17050"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17049"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17049"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17049"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17049"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}