{"id":17082,"date":"2026-10-25T06:09:17","date_gmt":"2026-10-25T06:09:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17082"},"modified":"2026-10-25T06:09:17","modified_gmt":"2026-10-25T06:09:17","slug":"prn-melaka-pkr-tawar-30-peratus-calon-wanita","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-melaka-pkr-tawar-30-peratus-calon-wanita\/","title":{"rendered":"PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita"},"content":{"rendered":"<p>PKR menyasarkan 30 peratus calon wanita dalam kalangan calon yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai usaha memperkukuh peranan wanita dalam politik dan pentadbiran negeri.<\/p>\n<p>Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, penyertaan calon wanita itu menjadi antara tawaran parti berkenaan kepada pengundi, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada wanita untuk dipilih sebagai wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.<\/p>\n<p>Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) akan terus bergerak sebagai satu pasukan dalam menghadapi PRN berkenaan dengan komitmen yang kekal di bawah gabungan itu.<\/p>\n<p>\u201cDari segi dinamika pasukan ataupun dari segi komitmen, kita masih lagi Pakatan Harapan. Jadi setakat semalam, kita akan pergi sebagai satu pasukan, insya-Allah.<\/p>\n<p>\u201cSemalam kita sudah pun lancarkan juga slogan kita, Melaka Rumah Kita,\u201d katanya selepas menghadiri Program Jelajah Negaraku: Aku Kasih Malaysia peringkat Parlimen Nibong Tebal di Taman Widuri, di sini hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, sokongan rakyat diharapkan dapat diterjemahkan melalui pilihan yang dibuat pada PRN kali ini, khususnya dalam usaha memartabatkan wanita sebagai calon dan pemimpin di peringkat negeri.<\/p>\n<p>\u201cMudah-mudahan sokongan rakyat akan kita lihat dalam PRN ini. Saya fikir itu juga satu tawaran yang baik untuk rakyat buat pilihan, khususnya bagaimana kita terus memartabatkan wanita sebagai calon DUN Melaka,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>PRN Melaka ke-16 menyaksikan parti-parti politik mula memperkemas persiapan masing-masing bagi merebut mandat rakyat, termasuk menerusi pemilihan calon dan strategi kempen.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal berlangsung pada 10 November dan hari pengundian pada 14 November ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PKR menyasarkan 30 peratus calon wanita dalam kalangan calon yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai usaha memperkukuh peranan wanita dalam politik dan pentadbiran negeri. Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, penyertaan calon wanita itu menjadi antara tawaran parti berkenaan kepada pengundi, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada wanita untuk dipilih sebagai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1663,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[136,134,192,727,9,103,135],"authors":[],"class_list":["post-17082","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-calon","tag-fadhlina-sidek","tag-melaka","tag-pakatan-harapan","tag-pkr","tag-prn","tag-wanita"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17082","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17082"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17082\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17083,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17082\/revisions\/17083"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1663"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17082"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17082"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17082"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17082"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}