{"id":17086,"date":"2026-10-25T06:12:27","date_gmt":"2026-10-25T06:12:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17086"},"modified":"2026-10-25T06:12:27","modified_gmt":"2026-10-25T06:12:27","slug":"penipuan-dalam-talian-selangor-catat-kerugian-tertinggi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/penipuan-dalam-talian-selangor-catat-kerugian-tertinggi\/","title":{"rendered":"Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi"},"content":{"rendered":"<p>Selangor mencatatkan kerugian tertinggi akibat penipuan dalam talian di Malaysia tahun lalu dengan jumlah mencecah RM986.79 juta, meningkat lebih dua kali ganda berbanding RM446.16 juta pada 2024.<\/p>\n<p>Jumlah itu menyumbang hampir satu pertiga daripada keseluruhan kerugian akibat penipuan dalam talian di negara ini yang merekodkan RM2.97 bilion sepanjang 2025.<\/p>\n<p>Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abdul Rasheed Ghaffour berkata, pihaknya bersama institusi kewangan dan agensi penguatkuasaan terus memperkukuh usaha membendung jenayah berkenaan, termasuk mempercepatkan pengesanan dana yang dicuri serta memperketatkan kawalan keselamatan perbankan dalam talian.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau menegaskan sistem keselamatan yang kukuh perlu disertai kewaspadaan pengguna bagi memastikan mereka tidak mudah menjadi mangsa penipuan.<\/p>\n<p>\u201cBagaimanapun, sistem yang kukuh sahaja tidak mencukupi. Benteng pertahanan utama sebenarnya bermula daripada kewaspadaan diri kita sendiri.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya anda didesak untuk bertindak dengan segera oleh scammer, buat pengesahan terlebih dahulu melalui saluran rasmi sebelum berkongsi maklumat atau memindahkan wang,\u201d katanya ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Literasi Kewangan Selangor 2026 di Central i-City Mall, semalam.<\/p>\n<p>Abdul Rasheed turut mengingatkan institusi kewangan supaya mempertingkatkan kawalan keselamatan, memberikan amaran lebih jelas kepada pelanggan serta bertindak pantas terhadap sebarang aktiviti mencurigakan.<\/p>\n<p>Menurutnya, kepantasan transaksi digital yang membolehkan pembayaran dan pemindahan wang dilakukan dalam beberapa saat turut mengehadkan ruang pengguna untuk berfikir sebelum membuat keputusan.<\/p>\n<p>Antara modus operandi yang perlu diberi perhatian ialah panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai bank atau pihak berkuasa sebelum mendesak mangsa memindahkan wang kononnya bagi mengelakkan akaun bank mereka disekat.<\/p>\n<p>\u201cSituasi seperti ini perlu kita waspada,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kerugian akibat penipuan dalam talian di Malaysia menunjukkan peningkatan ketara apabila jumlah keseluruhan meningkat daripada RM1.57 bilion pada 2024 kepada RM2.97 bilion pada 2025.<\/p>\n<p>Peningkatan itu mencerminkan ancaman jenayah siber yang semakin serius, sekali gus menuntut kerjasama lebih erat antara pihak berkuasa, institusi kewangan dan orang ramai bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa.<\/p>\n<p>Pengguna dinasihatkan supaya tidak mendedahkan maklumat perbankan, kata laluan atau kod pengesahan kepada pihak tidak dikenali serta membuat semakan melalui saluran rasmi sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selangor mencatatkan kerugian tertinggi akibat penipuan dalam talian di Malaysia tahun lalu dengan jumlah mencecah RM986.79 juta, meningkat lebih dua kali ganda berbanding RM446.16 juta pada 2024. Jumlah itu menyumbang hampir satu pertiga daripada keseluruhan kerugian akibat penipuan dalam talian di negara ini yang merekodkan RM2.97 bilion sepanjang 2025. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abdul [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11969,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1061,845,1306,16,1008,34],"authors":[],"class_list":["post-17086","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-abdul-rasheed-ghaffour","tag-bank-negara","tag-gabenor","tag-mcmc","tag-penipuan","tag-scam"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17086","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17086"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17086\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17087,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17086\/revisions\/17087"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11969"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17086"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17086"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17086"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17086"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}