{"id":17098,"date":"2026-10-25T12:03:47","date_gmt":"2026-10-25T12:03:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17098"},"modified":"2026-10-25T12:03:47","modified_gmt":"2026-10-25T12:03:47","slug":"fahmi-umum-bantuan-untuk-dua-wartawan-kemalangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-umum-bantuan-untuk-dua-wartawan-kemalangan\/","title":{"rendered":"Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan"},"content":{"rendered":"<p>Dua wartawan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Perak pagi Ahad bakal menerima bantuan menerusi Tabung Kasih@HAWANA bagi meringankan beban mereka.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kementeriannya menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sedang menguruskan penyaluran bantuan kepada wartawan Bernama, Nur Afiradina Arshad, 34, dan wartawan New Straits Times (NST), Zahratulhayat Md Arif, 37.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kedua-dua pengamal media itu sudah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.<\/p>\n<p>\u201cSaya baru dimaklumkan oleh Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj, kedua-dua wartawan yang terlibat dalam kemalangan di Menglembu, Jalan Ipoh-Lumut, pagi tadi telah menerima rawatan di hospital dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.<\/p>\n<p>\u201cSaya mendoakan agar kedua-duanya dipermudah segala urusan dan kembali pulih seperti sediakala,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.<\/p>\n<p>Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, kereta Perodua Bezza yang dinaiki kedua-dua wartawan berkenaan dilanggar sebuah lori dari arah belakang ketika berhenti di lampu isyarat.<\/p>\n<p>Mereka dalam perjalanan ke Bagan Datuk bagi membuat liputan program membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, sebelum kejadian berlaku.<\/p>\n<p>Tabung Kasih\\@HAWANA merupakan inisiatif kebajikan yang diwujudkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) bagi membantu pengamal media yang berdepan masalah kesihatan, ditimpa musibah atau memerlukan bantuan kewangan.<\/p>\n<p>Inisiatif itu turut menyasarkan bekas pengamal media dan wartawan veteran yang memerlukan sokongan, sebagai usaha memastikan kebajikan golongan berkenaan terus terbela.<\/p>\n<p>Bernama bertindak sebagai agensi pelaksana kepada Kementerian Komunikasi dalam menguruskan tabung berkenaan, sekali gus menyediakan jaringan keselamatan sosial kepada pengamal media di seluruh negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dua wartawan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Perak pagi Ahad bakal menerima bantuan menerusi Tabung Kasih@HAWANA bagi meringankan beban mereka. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kementeriannya menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sedang menguruskan penyaluran bantuan kepada wartawan Bernama, Nur Afiradina Arshad, 34, dan wartawan New Straits Times (NST), Zahratulhayat Md Arif, 37. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9306,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,42,184,5395,1706,345],"authors":[],"class_list":["post-17098","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-kemalangan","tag-komunikasi","tag-new-straits-times","tag-tabung-kasihhawana","tag-wartawan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17098","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17098"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17098\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17099,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17098\/revisions\/17099"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9306"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17098"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17098"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17098"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17098"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}