{"id":17102,"date":"2026-10-25T14:15:09","date_gmt":"2026-10-25T14:15:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17102"},"modified":"2026-10-25T14:15:09","modified_gmt":"2026-10-25T14:15:09","slug":"padan-muka-mca-hanya-diberi-dua-kerusi-di-melaka-pkr","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/padan-muka-mca-hanya-diberi-dua-kerusi-di-melaka-pkr\/","title":{"rendered":"Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR"},"content":{"rendered":"<p>Keputusan UMNO memperuntukkan hanya dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada MCA bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mencetuskan persoalan mengenai keikhlasan kerjasama politik dalam Barisan Nasional (BN).<\/p>\n<p>Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, tindakan itu menimbulkan persoalan sama ada hubungan antara UMNO dengan parti komponennya dibina atas dasar prinsip dan kepercayaan atau sekadar kepentingan politik serta kuasa.<\/p>\n<p>Beliau berkata, jika MCA yang sekian lama menjadi rakan komponen BN sendiri merasakan tidak dihormati, keadaan itu turut menimbulkan persoalan mengenai layanan terhadap parti lain yang menjalinkan kerjasama dengan gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cAdakah kerjasama tersebut berlandaskan prinsip dan kepercayaan, atau sekadar kepentingan politik dan kuasa?\u201d katanya hari ini.<\/p>\n<p>Semalam, Presiden MCA, Wee Ka Siong meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan mengumumkan calon tanpa rundingan dan persetujuan parti, terutama apabila kerusi yang sebelum ini ditandingi MCA didakwa diberikan kepada parti lain.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa MCA tidak dimaklumkan lebih awal mengenai pengumuman calon pada majlis BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), sebaliknya diberitahu acara itu hanya pelancaran jentera pilihan raya.<\/p>\n<p>MCA diperuntukkan dua kerusi iaitu DUN Klebang dan Machap Jaya daripada 21 kerusi yang ditandingi BN pada PRN Melaka.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Naib Ketua Wanita PKR, Loh Ker Chean berkata, beliau tidak bersimpati dengan MCA kerana parti itu sepatutnya sudah memahami corak layanan UMNO terhadap rakan komponennya.<\/p>\n<p>Sebaliknya, beliau berkata, PKR sebagai parti pengasas Pakatan Harapan (PH) tidak mengamalkan pendekatan parti dominan yang menekan rakan gabungan lebih kecil.<\/p>\n<p>Katanya, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim turut mengamalkan pendekatan konsultatif dan inklusif, termasuk terhadap parti kecil seperti UPKO.<\/p>\n<p>\u201cSaya tak kesian atau simpati dengan MCA. Padan muka mereka. Takkan tak kenal dengan layanan buruk UMNO pada mereka? Justeru, PH ini lebih kukuh dan stabil dalam mentadbir negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, tindakan MCA itu menunjukkan parti berkenaan menyedari mereka tidak dihormati oleh rakan gabungan sendiri.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa UMNO terlalu menumpukan kemungkinan memperoleh keuntungan politik jangka pendek melalui kerjasama dengan PAS sehingga mengabaikan kepentingan MCA dan MIC.<\/p>\n<p>\u201cPerkara ini turut menimbulkan persoalan sama ada mana-mana kerajaan gabungan yang melibatkan UMNO dan PAS akan mengetepikan suara serta kepentingan golongan minoriti.<\/p>\n<p>\u201cHakikatnya, MCA dan MIC secara keseluruhannya hanya mempunyai tiga kerusi di Dewan Rakyat dan tidak mempunyai sebarang jawatan menteri,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan UMNO memperuntukkan hanya dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada MCA bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mencetuskan persoalan mengenai keikhlasan kerjasama politik dalam Barisan Nasional (BN). Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, tindakan itu menimbulkan persoalan sama ada hubungan antara UMNO dengan parti komponennya dibina atas dasar prinsip dan kepercayaan atau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2018,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[338,100,180,192,633,9,103,468],"authors":[],"class_list":["post-17102","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-chang-lih-kang","tag-kerusi","tag-mca","tag-melaka","tag-pilihan-raya","tag-pkr","tag-prn","tag-wee-ka-siong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17102","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17102"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17102\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17103,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17102\/revisions\/17103"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2018"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17102"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17102"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17102"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17102"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}